Catatan

Tunjukkan catatan dari Ogos, 2013

SADEKAH

Seronok betul ramadhan kali ini, selain bersolat jemaah, kami dapat bersedekah di tabung masjid. Bagi kami sedekah yang paling mudah. Bersedekah di rumah Allah. Bukan banyak pun..... sekadar . Masing2 Ammar & Amili kami bagi RM2 -3 ringgit. Sesekali kami beri sahaja kami bagi besar sikit. Paling penting, kami nak didik anak2 kami   Ammar & Amili untuk suka bersedekah. Semoga ia menjadi ilmu yang bermanfaat untuk anak2 kami.

QIAMMULLAI

Aku dapat sekolah baru, yang mengajar aku ‘qiam’. Setakat ini sudah 2 kali aku mengikuti Qiam di   Surau berhampiran rumah ku. Tapi, tidaklah aku tido di Masjid. Pukul 3.30 pagi baru aku dan suami akan tiba di Masjid. Setelah solat tasbih tahajud berjemaah, kami memulakan solat sunat tasbih 4 rekaat 2 kali salam. Sungguh bermakna dapat melakukan solat tasbih Maklumlah, untuk mencapai 300 kali tasbih, rasanya macam tak terbuat jika seorang diri. Silap2.... hanyut. Tapi bila mengikut imah dan berjemaah.... terasa ringan pula. Selesai itu kami akan bersolat sunat taubat diikuti solat hajat. 5.00 pagi, selesai solat kami akan balik ke rumah, kerana di rumah kami ada tanggungjawab juga. 3 orang anak yang masih diulit mimpi perlu dikejutkan untuk bersahur. Sungguh, Ramadhan kali ini sungguh bermakna.

RAMADHAN KALI INI

Ramadhan Kali ini Alhamdulillah, rasa terlalu indah. Kehidupan lebih teratur. Waktu dapat bersama-sama keluarga lebih panjang dan lebih makna. Bangun tidur seawal 3.30 pagi, bersuci, bertahajud, Bertaubat & Berhajat   dan menyediakan menu untuk bersahur untuk kami. Biasanya, kami habis bersahur sehingga hujung waktu iaitu beberapa minit sebelum azan. Berehat sebentar sebelum bergilir-gilir kami anak beranak mandi dan bersiap untuk solat berjemaah. Kemudian masing2 bergerak ke distinasi masing2. Suami membawa Ammar & Amili ke sekolah sebelum ke tempat kerja, manakala aku membawa Amir dan Adam bersama ke sekolah. Berbuka dengan menu yang simple. Biasa kuih karipap, popia isi ketam, cekodok air tangan ku atau mertabak yang debeli di pasar. Cukup dengan 1 jenis kuih. Kami ikuti pula dengan makan nasi. Selesai solat Magrib berjemaah, aku akan membaca beberapa muka kalimah Allah manakala suami akan mengajar Ammar & Amili mengaji. Sebaik mendengar Azan Isyak, kami a