Catatan

Tunjukkan catatan dari Mac, 2011

ADAM & AMIR

Imej

AMIR & AMIRA

Hari pertama mereka menjejakkan kaki ke sekolah ku... SMKSKI Akhirnya selamat jugak diaorang berdua berpindah ke sekolah tu…. Sepatutnya semalam…. Tapi aku kata mereka ‘ Mula sekolah hari Selasa lah, Esok ada perhimpunan yang panjang’.He2 .. Baguih punya mak….. Sekolah tu saya yang punya…. He .. he senanglah berkira-kira dalam urusan kemasukkan ke sekolah sendiri. Semua urusan dengan kawan-kawan…. Pagi semasa memandu ke sekolah… sedikit pesan-pesan untuk mereka…. ‘JAGA TINGKAH LAKU’. Maklumlah .. anak kan…. Lagi pun dah banyak masa diorang dididik di sekolah agama, makan tahun, tiba-tiba bertukar ke sekolah harian biasa….. risau lah mama dia… bukan setakat risau, tapi memang sungguh2 risau….. Mamanya ni kan dah lama mengajor, dah banyak dengor kesah budak-budak sekolah, budaya yang tak elok ni… Budak sekolah agama pun ada yang kecundang kat SKI tu….. Memang…. Mama & abah ni selalu bertanya2 dalam hati, berbisik2 dalam hati… ‘betul ke tindakan kami merestui anak2 pindah ke s

JADI TEAM KERJA, JADI SAUDARA.....

'Akak ... adik nak pergi jauh2, jalan sorang2, tidor kat mana. Jumaat ... balik'. Mesej cikgu Wazir.. yang memang telah ku anggap adik ku sendiri. Membaca ayat itu.. aku tau, beban di hati nya dah sangat berat. Dia dah terlalu penat menghadapi kerenah insan.... Apa yang ku boleh katakan. Kecuali perkataan 'pergilah' dengan pesanan 'hati2'. Dalam diri dia ada sedikit persamaan dengan aku. 'Degil'. Kalau dah kata 'nak'... mesti 'nak' jugak. So, kalau aku kata jangan pun.... dia akan pergi juga.... kalau pun dia tak pergi.. tapi hatinya tetap pergi..... Bila ku cerita pada suami, dia berkata 'kadang2 bersendirian ... boleh juga beri ketenangan'.... Selepas itu.... aku hanya dapat mengiringi doa untuk setiap detik perjalanannya.... 'Walau di mana dia berada, Allah lindungi dia... mudahkan setiap langkahnya...' dan aku terus menanti.... Aku biarkan dia .... walau hati terlalu ingin mengetahui... 'di mana dia',

DI SEBALIK KEM....

'Akak ... nak buat kem tingkatan 6. Aku tau impian tu bermakna bagi adik ku sorang ni. Cikgu Wazir yang kaya dengan kasih sayang terutama anak-anak. Dia ingin mulakan usaha untuk menjaga, memotivasikan anak2 tingkatan 6 ni. Mereka bukan sahaja aset penting sekolah tetapi langkah mereka dah semakin terhad. Ibarat Selangkah ke U. Kalau mereka tak bagi makna pada peluang yang ada itu.... mereka sendiri yang akan rugi... Dari pengalaman2 lepas, pelajar yang tidak serius belajar.... biasanya kecundang..... Aku macam biasanya.. rakan kerja yang setia. Kami bersama adek2 yang lain.... memang team kerja yang baik. Walau kami tak ada part pun dlam tingkatan 6, tapi janji setia kami... sedia membantu, sedia bersama ... bila antara kami ada tugasan.... Akhirnya Kem Kembara Ilmu Pra U.. selesai juga dengan jayanya... Daripada impian seorang guru, ku tuliskan dalam bentuk pernyataan dan kini menjadi kenyataan. Ia tak kan berjaya.. tanpa kesepakatan guru2 tingkatan 6 dan guru2 lain yang ter

THANK ALLAH... THANK PERSAUDARAAN....

Thank Allah... aku bersyukur,,, kerana aku dah ditunjukkan jalan... syukur kerana kekusutan ku hampir terlerai... kini aku tinggal mengatur misi ku... Thank persaudaraan.... aku bersyukur... kerana ikatan persahabatan, ikatan persaudaraan yang bertaut... banyak membantu meringankan beban perasaan ini... Hari ni aku mula jalankan misi aku... langkah pertama ku... merisik teman2 yang boleh membantu ku untuk mencapai misi ku... Adekda Wazir, Cikgu Suzana, Ustazah Habibah, Cikgu Salmah, Cikgu Asliza, Cikgu Shaskinah, Cikgu Rosehanita, cikgu Mazlan dan beberapa guru lagi dengan mudah menyatakan kesanggupan untuk membantu ku... dalam membantu anak ku yang bakal menghadapi peperiksaan SPM hujung tahun ni... Masing2 cuba bantu untuk menyumbang A dalam pelajaran yang mereka ajar. Terima kasih persahabatan.... Berpindah dari sekolah agama ke sekolah harian biasa ada sediit perbezaan dari segi pakej mata pelajaran elektif... utk menyambung mata pelajaran yang ada tu susah juga.. sebab di S

AKHIRNYA KEPUTUSAN TELAH DIBUAT....

Petang .. jumpa anak2 di asrama. Syukur jugak kerana asrama diaorang tak jauh... rasa rindu boleh jenguk.. rasa ada hal.. kejap jer dah boleh sampai.... Seronok sangat anak2... bila kami bawakan Roti John Melaka. Menu Melaka kegemaran diaorang di samping Yong Tau Foo sop... Yang paling membahagiakan.... aku dan anak2 dah capai kata sepakat.. tentang pelajaran diaorang.. so, harap2 tak de lah kami salah menyalah kan antara kami kemudian hari... Pilihan mereka sendiri nak pindah... dan kami setuju setelah kami berpikir panjang, meminta pandangan sahabat2, meninjau2 sekolah2 alternatif yg dicadang oleh anak2.... So, dari 4 anak di asrama... kini tinggal 2 iaitu anak lelaki sulung dan anak ke 4 ku..... Alhamdulillah... mereka faham hasrat mama & abah ni.. agar mereka meneruskan pelajaran di sekolah sedia ada... Anak sulung ku memang tiada pilihan lain.. sebab umurnya dah lewat 2 tahun.. kerana dia bercuti untuk menghafaz AlQuran selama 2 tahun. So, mengikut umur, dia dah tak laya

CUTI HUJUNG MINGGU...

Muar.... ku habiskan cuti hujung ni bersama suami dan 2 anak kecil kami, Ammar & Amili. Suami ku ada event di Pulapol Muar... Anak2 buahnya tamat latihan Polis Bantuan. Suami mewakili syarikatnya dalam majlis itu....... Aku sengaja mengikut, untuk berada di samping suami... Aku tak ikut pun ke majlis tu... awal2 pagi dia dah keluar... aku & anak2 menunggu di bilik hotel. Hotel ni antara sebab aku suka menemani suami ke Muar. Muar Traders Hotel mempunyai pemandangan yang indah.. mengadap sungai Muar. Memang tenang bila berada di sini. Kami akan tempah bilik di lokasi yang sama tiap kali ke hotel ni..... Selesai urusan suami... kami terus check out....singgah sebentar di Tangkak.... Tudung barang utama ku yang aku nak beli... walau pun aku dah banyak koleksi tudung.. sehinggakan aku tak ingat warna tudung yang aku tak der... rasanya macam semua dah ader... tapi masih nak singgah membeli di tangkak ni... Tudung tak der lah ekslusif... tapi yang penting .... MURAH dari harga d

PILIHAN UNTUK ANAK...

Malam tadi aku & suami menemui anak kesayangan kami di asramanya... walau kami terpaksa menunggu agak lewat... kerana menunggu dia habis kelas prepnya... kami tetap bersabar... kerana banyak yang nak kami luahkan, banyak yang nak kami terangkan padanya... dan paling penting.. kami ingin mendakap erat anak kami ...... 'Mama & abah dah tengok sekolah tu... (sekolah yang anak kami cadang untuk bertukar ke sana).... minta maaf, mama & abah tak dapat penuhi ... sebab mama & abah tak mampu.. yuran bulanan lebih besar daripada yang sekarang...' Selain itu, sebenarnya kami tidak berapa yakin dengan sekolah itu... Semalam kami buat tinjauan ke sekolah berkenaan... kami perhatikan produk nya (pelajarnya)... nampak air muka yang agak kurang jernih.... bahasa yang agak tidak manis... contohnya ...'babi kau'... Semua tu buat kami cuak... Sekolahnya di rumah kedai... dan asrama pulak di rumah teres berdekatan .... Nampak... akan ada kebocoran ... kawalan pada ana

SURAT DARI ANAK....

Hari itu, emel dihantar kepada suami ku.... memberi alasan mengapa nak pindah... 10 alasan diberikan, banyaknye berkaitan dengan sekolah.... tapi dihujung emel ada tertulis.... sebenarnya ada lagi..... Dan semalam.. sebelum balik ke asrama anakku telah tinggalkan surat untuk kami... surat yang telah menyebabkan suami ku menangis dengan lebatnya.... Aku walau pun sebak tapi aku tidak boleh menangis.... antara aku dan suami mesti saling menyokong.... bila dia lemah... aku mesti jadi penyokongnya... bila dia sedih, aku mesti pemujuknya... bila dia menangis.. aku menyapu air matanya.... Tapi sebenarnya.... aku dah banyak mengeluarkan air mata kerana masalah dengan anak kali ini.... Paling terharu bila dalam deraian air mata suami ku berkata 'anak2 abah semuanya baik-baik.. abah dah salah sangka.. maafkan abah sayang...'. 'Maafkan abah kerana abah gagal jadi abah yang baik...'. Walau rasa seperti menerima tamparan yang hebat akan isi kandungan surat tu.... kami tak

ALLAH BUKA KAN JALAN....

Petang tadi bawa Amir ke Carefour untuk membeli barang keperluan asrama dia. Dalam perjalanan ke kereta, di tempat parking aku ditegur oleh seorang suami ... dengan nada merayu, sayu, sendu... dia berkata ' Cik, minta tolong. Saya ada masalah.... saya tak de duit tambang nak balik... boleh beli handphone saya tak.. saya nak jual kat dalam... kedai hp tak nak... (aku lihat handphone buruk di tangannya.. aku dah faham kenapa kedai hp tak nak beli hp dia...) Aku minta penjelasan lebih lanjut... 'Saya datang dari Tanjung Karang. Saya bawa duit RM100, untuk bawa anak ke hospital Kelang. Tambang teksi, tambang bas... baki rm5 je ni. Saya cucuk kat ATM, gaji belum masuk' Kenapa ada di Carefore ni. 'Saya ingat kawan saya kerja di sini. saya nak minta tolong.. rupanya dia dah lama berhenti kerja...' Nak balik naik apa? 'Dari sini naik bas ... sampai Pekan Tanjung Karang, kena naik teksi untuk sampai ke rumah' Melihat mata isteri dan 3 anak kecil.... aku

MESEJ ANAK

Suami call... bercerita tentang emel yang dihantar untuk anak kami... meluahkan perasaan tak puas hati dia pada sekolah yang menyebabkan dia menjadi begitu beriya-iya untuk keluar dari sekolah tu..... Semua tu, buat kami berfikir semula, keputusan kami yang melarang dia berpindah..... Berbagai penjelasan yang hampir berjaya meraih simpati kami... Ye lah anak kan.... Sebagai ibu bapa mestilah mengharapkan yang terbaik untuk anak2nya.. tentulah mengharapkan anak2 boleh belajar dengan tenang, selesa .... bagi membolehkan mereka fokus pada pelajaran dan seterusnya beroleh kecemerlangan dalam pelajaran... insyaallah.

AKU KAKAK

Hari ni rasa seronok pulak hanya kerana aku rasa dianggap KAKAK oleh 2 adek lelaki yang manje tu... adek2da Wakjier & Wakjamree. Mula2 Wakjier call.... ceritakan apa yg dia sedang alami di Kem KPA di Pulau Indah.... 'Adik akak ni dah jadi supir... kena beli gas dan macam lagi.....' Wakjier yang merupakan sebagai Urussetia Makanan dalam Kem tu ...terpaksa bertindak mencover kekurangan penender makanan yang menyediakan makanan tidak seperti yang dijanjikan.... Segala kekurangan terpaksalah dia kena top-up. Ha2.. sempat balik rumah makbapaknya di batu 4 untuk top-up barang2 yang tak cukup.... Sempat dia kata 'dapat makan nasik dengan emak... lepas rindu dengan mak bapak'. Sesungguhnya Wakjier memang anak yang baik.... Habis dia call...Wakjamree pulak call... 'Kak, rasa nak melompat ni'.... dia hampir YAKIN... peluang dia terbuka luas untuk dia berhijrah menjadi pensyarah Matrikulasi .... dan dengan penuh seronok dia bercerita panjang tentang apa yang dia l

KERANA AKU MENYAYANGI MU...

Kerana aku terlalu menyayangimu ... menjadikan aku kadang2 silap dalam membuat keputusan..... Kerana aku terlalu menyayangi mu ... menjadikan ada ketikanya aku tak tau buat keputusan.... Kerana aku terlalu menyayangi mu ... menjadikan aku kadang2 memaksamu kerana aku rasakan keputusan itu yang terbaik untuk mu... Kerana aku terlalu menyayangimu ... menjadikan ada kalanya langkahku songsang kerana aku takut terkurang dalam mendapat perhatian mu.... Kerana aku terlalu menyayangimu ... menjadikan ada ketikanya aku longlai... bila aku terasa kehadiran ku tidak diperlu... Entah lah... ada ketikanya aku buntu.....