KERJA OH KERJA
Kesian jadi cikgu ni... kerja tak habis2. Siap satu, 2 -3 datang mari.... Minggu lepas dengan hal PBS Geografi.... (itu baru berhadapan dengan pentaksir je), persiapannya bagai nak 'rak'. Tidur 2 - 3 pagi nak siapkan urusan PBS tu. Tapi, kerja sebenarnya tak habis di situ. Penandaan mesti diselesaikan. Murid2 yang liat nak hantar mesti di'kejar'.... Kadang2 orang nampak kerja cikgu senang. Balik separuh hari. Tapi di sebalik itu cikgu kerja setengah mati. Kawan2 guru lain pun macam tu. Puan Rusiah & gengnya, beberapa hari balik sekolah lewat, hingga mencecah 7 malam. Sama dengan cikgu petang balik. Semata2 nak sempurnakan kerja. Akhirnya.... bila selesai petaksiran... dia masuk hospital kerana sakit dada. Banyak lagi yang tersembunyi tentang tugas guru. Hari ni saya sepatutnya kena hantar data headcount. Dah berusaha untuk siapkanya tanpa kesilapan. Kerja dengan sistem komputer ni, cerewet sikit. Silap langkah .... data tak tepat. Teliti., teliti.... & teliti sa...