HARAPAN GURU
Cuti sekolah selama 2 minggu, sudah berlalu... Kini masuk hari ke 2 persekolahan. Saya berazam... nak beri tumpuan sepenuhnya kepada anak2 tingkatan 3. Nak pastikan mereka semua cemerlang dalam PMR nanti. Harap2 dapat kerja sama daripada pihak pelajar2 juga. Dalam kepala ni.. dok pikir apa strategi nak buat. Standard soalan PMR sekarang banyak kemahiran berfikir. Pelajar bukan sahaja kena ingat fakta, tapi kena kreatif & kritis dalam menganalisa / mentafsir setiap soalan. Tahun lepas, banyak buat latih tubi... hampir setiap negeri, soalan percubaannya dicuba oleh pelajar. Nampak macam kebanyakannya pelajar cerdik telah menguasai ilmu Geografi tu... tapi keputusan PMR tak berapa cantik seperti yang disasarkan. Ternyata soalan nampak mudah, tapi aras soalan memang tinggi.... So, kali ini cuba nak buat strategi lain.... Rasanya tak de kepuasan mengajar, kalau keputusan akhirnya (PMR) masih macam tu juga..... Insyaallah, kesepakatan akan dicapai oleh tiga sifu Geografi tahun ni... Cikgu Norzalina, Cikgu Wazir & saya sendiri..... untuk beri yang terbaik untuk anak2 tingkatan 3 SMKSKI yang kami sayangi. Harap2 pelajar bantu kami untuk bantu mereka agar cemerlang dalam PMR nanti.
Ok... anak2 PMR, kita mulakan dari sekarang juga... Ala.... 4 bulan je, kita bekerja keras... lepas tu bolehlah release tension....
Ok... anak2 PMR, kita mulakan dari sekarang juga... Ala.... 4 bulan je, kita bekerja keras... lepas tu bolehlah release tension....
Ulasan
Catat Ulasan