Catatan

Tunjukkan catatan dari Mac, 2014

DOA UNTUK ANAK-ANAK

Imej
Tika ini  rasa menyesal ku menebal. 20 tahun mengandung, melahirkan dan membesarkan tiada doa khusus ku amalkan. Doa2ku untuk anak2 bagai angin lalu..... . Bila saja aku dan suami membuat keputusan untuk melakukan ibadah umrah.... barulah hati ni mula berdetik dan  fikiran mula mencari... mencari sesuatu untuk anak2ku.... hadiah buat mereka tanda kasih sayang kami..... sesungguhnya doa adalah hadiah terbaik untuk ibu anak2.... Mungkin lewat... tapi ku harap ia tidak terlambat. Di sini ku catatkan beberapa catatan amalan ibu bapa yang elok di cuba lakukan kepada anak-anak…. (ku petik dari beberapa blog). Terima kasih kepada penulis asal. Amalan Ketika Anak Sedang Tidur 1. Setiap malam apabila anak tidur hendaklah kita wiridkan Ya Latif  (100X atau sebanyak mungkin) ke ubun-ubun kepalanya.  Seterusnya, 2. Membaca surah Al Fatihah 1 kali  3. Membaca surah  alam nasyrah  1 kali.   4. Membaca surah As-Syura : 19 4. Berbisiklah ditelinga  an

Rahsia pemakanan ilmuwan Islam

Madu - Madu adalah makanan yang sangat berkhasiat. Al-Quran mengiktiraf ia ‘Shifa’ iaitu penyembuh penyakit. Madu didapati berkesan untuk merawati penyakit dan boleh menghindarkan kepenatan bekerja  seperti berfikir, membaca, merancang dan bermesyuarat. Ia perlu diambil dua sudu teh (gunakan sudu plastik) pada waktu pagi dan malam.   Kismis - Mengandungi zat besi yang amat diperlukan untuk membina darah bagi memastikan bekalan oksigen yang mencukupi untuk disalurkan ke otak. Adab memakannya ialah dengan mengadap Kiblat, membaca Bismillah dan selawat tiga kali diikuti doa penerang hati. Ia perlu dimakan seperti memakan gula-gula kerana dikatakan tidak berkesan jika dikunyah dan diambil satu persatu sebanyak 21 biji setiap hari.   Susu segar - Susu berguna untuk kesihatan otak, mempertajamkan ingatan, membekalkan tenaga mental dan fizikal. Susu mengandungi tiga unsur semula jadi iaitu keju, lemak dan air yang amat diperlukan untuk pertumbuhan badan dan otak. Susu yang terbaik untu