Catatan

Tunjukkan catatan dari April, 2009

BALIK KAMPUNG OH..OH.. BALIK KAMPUNG MELAKA

Imej
Pagi2 bangun buat cekodok untuk adik2 (wazir & Yan),untuk anak2 (Farydzul, Salleh, Cyayol, Azah dll) sebagai bekal semangat & untuk Che Ana takut kat Putrajaya tak de cekodok udang brand cikgumazidah. Sorry lah udang tak cukup, abang belikan sayur2nya je.. udang tak masuk bajet. Macam mana bertanding? Dengar cerita ada nombor juga!. Tapi nombor yang banyak mana tak tahulah... tak pe lah, janji makan KFC hingga ke tulang... Hari ni, seronoknya macam hari last sekolah je... padahal cuti 3 hari je.. bukan pe, esok nak bercuti ke Melaka.. ( Wazir la tu yang pakse kiteorang balik Kampung, dia nak join, nak releks katenya...). Kat sekolah tak duduk diam. Ceck kebersihan & tentukan pemenang. Yang pasti bukan 6A3 lah sebab, kelas korang lantai tak bersapu!. Tolong Ustazah Habibah buat jadual waktu kelas tambahan (tak dapat siapkan pun), kul 1.05 jumpa mentee 3A (Aina, Aiza & Ayuni), borak2 kosong je sambil buat laporan guru betugas. 3A (Aina, Aiza & Ayuni) Anak2 ku Permint...

TERKENANG MASA DULU2

Imej
Hari ni makan sama2 Che Ana dihari2 akhirnya di SKI. Majlis diadakan oleh2 pelajar2 kelas 6A3 kerana mengenang jasanya yang telah memberi pendidikan yang baik kepada mereka. Saya yang tak berkaitan dengan mereka pun kene angkut sekali. Cikgu Wazir la ni, asyik gunakan ayat 'together as one', so saya & yan pun melekat sekali. Tak pe lah.... Salleh2..Salleh... cikgu ada 'syer'kan... Tarikh saya pindah ke SKI sama dengan Cikgu Che Ana, Januari 2006. Kira kiteorang ni senior setahun dengan Cikgu Wazir (Sedor diri ye, Awak tu adik!). Mula2 saya datang SKI dulu, agak payah jugalah, maklumlah orang baru... bawa gaya 'akak tiri' pulak tu, & ada ketikanya terlebih 'mesra alam'. Dan lagi, datang ke SKI dengan membawa 1001 macam persoalan pulak tu!. Maklumlah dah Ketua Bidang pindah ke SKI & jadi guru biasa je...pelik2... Sebelum saya sampai SKI lagi (cuti bersalin anak ke 6) saya dah dapat macam2 tugasan hebat, Penyelaras Bidang, Guru Jadual Waktu, Gu...

ANDA MAMPU MENGUBAHNYA

Imej
Pelajar 3E sedang menjawab soalan kuiz sempena Minggu Geografi. Hari ini masih sibuk. Yang seronoknya, mesyuarat pengurusan tak masukkan kami ketua bidang. Ya hu!. Terima kasih Puan Jamaliah kerana memahami..... Masa yang lapang sempat nuntut ilmu photoshope dengan bekas anak murid Cikgu Wazir.... Itu baru pengenalan... tak cukup kelas tadi, minta dia buat kelas lanjutan, intensif 3 kali seminggu.... (anak murid sapeeee lah tu... Cikgu Wazir juga!) Seronok yang kedua, minggu ni minggu Geografi, jadi masuk kelas, bertubi2 bagi soalan untuk pertandingan (Dapatlah jimat sikit tenaga). 6 masa tak terasa penat le... Tapi...bila dikumpul semua, termasuk buku latihan, amboi mak, sampai 2 beg dibawa balik... terpaksa minta tolong Isma hantar ke kereta. Kena 'caj' pulak tu! berkira betul si budak baik tu (nyakat je ye Isma). Lagi 1 hal, bawa balik banyak2 tu, sempat ke nak menanda (sendiri bertanda tanya). Sampai rumah je terus buka blog, curah perasaan & intai perasaan orang. Tapi...

AKHIRNYA .. KINI PASTI!

Imej
Akhirnya, kini pasti. Masa di nanti. Telah menjadi. Biarlah mereka & keluarga mereka yang bercerita.... Tun Teja Dang Anum Hang Jebat Duta Baju Pengantin Duta Album Foto Duta Batik Hijau Duta Hiasan Dalaman Duta Kain Rentang Duta Air Kiwi Duta Nasi Lemak Duta Import. Burung, Ikan2 & Kura2. TAHNIAH! ANDALAH DUTA-DUTA SKI YANG HEBAT!

AMIN...ANAKKU

Imej
Hari ni satu hari lagi keluar rumah. Pagi2 Amira telefon, ingatkan kami untuk ambil dia di asrama & sempat merengek bawa dia ke Pesta Buku. Awalnya kami menolak, tapi... sebak je dia. Tak sampai hati pula. Sebenarnya semalam dia dah pergi 1 bas bersama guru & rakan sekolahnya. Tapi dia tak dapat beli apa2. Dia kata 'Abang Amin hanya dapat bagi dia RM10'. So, semalam dia 'survey' je & plan nak ajak kami hari ni untuk tunaikan hajatnya. Di Pesta Buku, seperti lautan manusia. Seronok juga, melihat ramainya manusia berkunjung ke tempat yang berfaedah. Terlalu ramainya orang, sehingga sukar untuk membelek2 buku. Kami terpaksa berpecah. Berhubung melalui telefon je. Amira .... cari kawan2 lah dia... Hari ni, budak Hira kumpulan lain pula datang. Di situ, saya nampak juga kelibat budak2 SKI. Penat membeli..Saya, suami & Amir melepak2 & kemudian cari tempat makan sementara menunggu. Harga makanan... amboi mak! Nasi ayam RM8, mee goreng RM5, Nasi Lemak RM3. ...

BERKORBAN SAJE2....

Imej
Huh penatnya. 12 jam keluar rumah. 7 pagi - 7 malam. Sampai rumah disambut dengan pertanyaan anak ke 4, Amirul.... 'kenapa sampai kul 7 malam baru balik'?. Dua sekolah tahu (SKI & Rantau), hari ni kami seisi warganya kena hadiri LADAP di HICT Klang Perade. Janji ceramah 8.45 pagi, tapi kat kul 10 baru start. Habis menghampiri kul 2 petang. Biasalah, kalau Sabtu, suami hantar dan jemput. Kul 1 ptg dia dan sampai. Apa lagi, habis je ceramah, cabut lapor diri kat suami. Dia kata ' aduh penat, lama berdiri menunggu'. Lalu kat Secret Resepi, dia tanya ' tak nak singgah ke?. Sedang kami menikmati hidangan terakhir, melintas Deen & kawannya. Selepas bertegur sapa dia berlalu. Ingat dah selamat, rupanya dia datang kembali bawa bersama anak2 3KRK 2008 yang lain... Cyayol, Mirul, Safi, Raihan, Batrisyah &... (tak ingat)...& sorry lah ye......tak berani nak jemput, tahu lah harga sepinggan nasi di SR ++RM15 & air buah RM7. Bila nak beredar, Cikgu Wazir ...

U LA LA TROPIKA

Imej
Hari ni kira oklah.... Anak2 KRK yang terasa semalam, datang minta maaf. (Bukan semua pun....). Tapi sempatlah 'pekene' diaorang. Minta tolong itu & ini. Sanggup je diaorang buat. Asal dimaafkan. Walau macam mana pun 'Thank U' pada artis2 U la la Tropika kerana secara suka rela nak join & telah pun menunjukkan kesungguhan semasa latihan. Cikgu menghargainya. Kepada anak2 Tingkatan 6A3, Faridzul, Salleh, Isma, Jijah, Ain dan lain2, cikgu 'tabik' atas kerja sama & semangat sepasukan yang tinggi. Korang memang best!(Sapalah ayahandanya tu yang pandai didik anak.... Cikgu Wazirrrrr juga). Apa pun hasilnya nanti... kita dah usaha yang terbaik. Kita doalah semuanya berjalan lancar. Ammar pun seronok hari ni dapat jumpa Cikgu Wazir. Pagi2 bangun tidur, dia cakap kat abahnya, hari ni dia nak Cikgu Wazir ambik dia daripada tadika (Dia rindu kot!). Saya hanya dapat katakan 'nanti petang mama bawa Abang Ammar ke sekolah' untuk tenangkannya. Balik sekol...

MAAFKAN MAMA...

Imej
Hari ni masih meneruskan latihan untuk persembahan pada Isnin nanti. Sebenarnya, belum pun latihan bermula, hati dah rasa kecewa dengan pelajar2 yang terlibat. Kami menunggu mereka dari jam 1.05, jam hampir 2.30 petang baru semua muncul. Rasanya mereka tu pelajar2 cerdik. Sepatutnya mereka lebih bertanggungjawab. Mereka lebih mudah faham perasaan orang yang menunggu, lebih2 lagi cikgu mereka. Dah tahu lambat, tak pula rasa bersalah. Tak pula minta maaf!. Kecewa sungguh dengan mereka. Anak2 tahu tak, kerana kamu lambat, cikgu pun terpaksa balik lambat. 'Cikgu kena tunggu kerana cikgu nak berjuang, nak memberi kerja sama, nak memberi sokongan kepada Cikgu Wazir & Cikgu Aryanti. Tetapi, cikgu ada tanggung jawab lain. Anak2 cikgu!. Hakikatnya, cikgu amat gelisah, kerana mengenangkan anak2 sudah menunggu lama untuk dijemput'. Tiba di tadika, terlihat Ammar sedang bermain seorang diri sambil mengusung papan di sekeliling tadika. Bila nampak saya, dia menghampiri dengan penuh l...

SAHABAT & PERSAHABATAN

Imej
Letihnya. Hari ini temankan Cikgu Wazir latih budaK2 3KRK untuk persembahan Minggu Seni & Geografi (tolong teman jelah... nak latih nyanyi....ops tak sesuailah). Sebelum latihan, dengarlah dia berleter kat budak2 tu (ayat... 'power', bak sembilu....). Pada anak2 KRK yang terasa,terima je lah.... Itulah langkah2 untuk jadi sahabat baik,untuk jadi akrab. 'Gaduh'... 'Baik'....'Gaduh'.... 'Baik'. Hakikatnya, kami nak kamu semua jadi hebat. Orang hebat, bukan setakat pandai belajar je, tapi sporting, positif, sentiasa beri kerja sama. Bak pepatah 'belum disuruh sudah datang'. Faham ye anak2... Lepas latihan, hantar anak2 balik Sementa, Perepat & Kapar. Sempat nasihat kepada penumpang terakhir 'buat masa ni, bersahabatlah dengan sesiapa saja. Bersahabat dengan ikhlas, dengan jujur. Jangan ada perasaan lain ... '. Saya sempat bercerita padanya, bagaimana saya sangat perlu pada sahabat dan persahabatan. Kalau saya 'berpe...

MUNGKIR JANJI

Imej
Hari ni sibuk sikit. Buat persiapan kenduri kahwin (Minggu Panitia Seni & Geografi, yang sebenarnya....). Tarikhnya dah lama tau... tapi biasalah... keje 'last minute' juga yang 'best' (cikgu seni yang cakap). Temanya ' Seni & Geografi Mewarnai Kehidupan'. So... bayangkanlah betapa warna warninya hari tu nanti....Rakan-rakan dah ada yang bersuara...'Mesti ada kejutan', kombinasi Cikgu Wazir, Mazidah & Aryanti kata kan..... Tengok aje lah nanti, 'kejutan' atau sebenarnya 'kekalutan'. Masa banyak keje ni... mulalah rasa macam tak reti masak je.... Padahal dah janji ngan suami saya akan masak seminggu (Isnin - Jumaat je..., tak masuk Sabtu & Ahad) kerana dia dah tolong selesaikan masalah saya hujung minggu lepas( biasalah....masalah kecil yang saya besar2kan) Tapi, semalam, kebetulan ada pasar malam, so... bila cakap teringin nak makan Kebab, Laksa, Jambu Air dan lain2, suami pun tiada pilihan lah... Tadi pula singgah KFC ng...

BERALIH ARAH

Imej
Hari ni tambah seorang lagi geng siber SKI!. Atie, isteri cikgu Wazirlah. Saya buatkan blognya atas permintaan suaminya yang bercita-cita nak jadi keluarga siber. Sampai nak jadikan laptop sebagai bantal anak-anaknya. Klu dengan menulis di blog, dapat meng'gumbira'kan, teruskanlah..... Jangan lupe keje skolah dah lah. Buat Che Ana...13 hari lagi akan duduk di bangku sekolah (yang tak pusing2.... tak taulah pusing badan ke... pusing kepala..). Lepas tu duduk di kerusi pusing-pusing di Putra Jaya. (Dekat sikit ngan PM). Walau di mana 'puan' berada, ... hakikatnya puan tetap kawan baik saya. Saya dah beri satu 'hadiah' bermakna untuk puan. .... 'Blog' untuk puan mengarang nanti. Dengannya kita akan sentiasa rasa dekat. Dapat terus berhubungan. Kongsi2 lah cerita kat sana yang kitaorang 'cikgu' ni tak 'rasa'. Tadi ada member tanya 'akak' tak teringin ke 'beralih arah'.. keje ke 'jabatan'. Dengan cepat dapat jawab soala...

KENANGAN BUDI

Mengimbau kenangan bersama 3 KRK 2008. Bersama2 merancang & menyediakan Jamuan Akhir Tahun yang dinamakan MAJLIS KENANGAN BUDI bagi mengenang jasa guru-guru yang pernah mengajar mereka dari tingkatan 1 hingga tingkatan 3. Kepada anak2 3 KRK 2008, kenangan bersama kalian tetap tersemat dihati. Banyak yang cikgu belajar. Cikgu belajar membina ukhwah, kasih sayang, persahabatan, persaudaraan, keikhlasan,dan persefahaman walaupun kalian hanya anak murid cikgu. Kini, ramai yang sudah tiada di SMKSKI kerana melanjutkan pelajaran di MRSM, SBP atau Teknik. Harapan cikgu, kalian semua akan berjaya dan terus berjaya. Walau setiap kita mungkin akan beralih arah kerana mengejar kejayaan dalam hidup..... harap kita teruskan ikatan kasih sayang antara kita. Yang penting ... JANGAN ADA BENCI!

DUNIA AMMAR 3

Imej
Hari ini cerita pasal Ammar & sekolah. Tahun ni, tahun pertama dia menjejakkan kaki ke alam tadika. Awalnya Ammar memang tak mahu ke sekolah. Yang dia tahu dunia komputer yang penuh fantasi. Siang & malam mengadap komputer macam ahli keluarga yang lain (termasuk mama & abahnya). Ammar pandai bermain komputer sejak berumur 3 tahun. Setelah berbagai pujukan, Ammar bersedia ke tadika. Semenjak itu baru dia tahu, di luar sana ada dunia lain yang lebih menyeronokkannya. Dia bagai burung yang terlepas. Bebas & dapat melihat alam yang luas. Sukanya pada sekolah, memang tidak boleh diganti dengan lain. Walau gula-gula & aiskrim yang menjadi kegemarannya. Hingga kan demam pun dia berkeras nak ke sekolah. Kerana dia tahu, dia boleh meneroka dunia melalui alam persekolahan. Begitulah Ammar, dia menikmati sepuas-puasnya dunia kanak2. Di sekolah, sementara menunggu saya menjemput, dia suka merayau di sekeliling sekolah. Meneroka alam. Yang terkini dia asyek bermain dengan 't...

DUNIA AMMAR 2

Imej
Selain seni komputer, Ammar juga minat seni foto. Ayat yang selalu diucapkan.... Ma pinjam handphone..nak tangkap gambar tu... nak tangkap gambar ni. Sama ada objek hidup atau bukan hidup, asal dia tertarik, dia akan ambil gambar. Mungkin.... betullah, kanak2 belajar dari pemerhatiannya. Dah, abahnya pun macam tu. Minat mem'foto'..... Antara koleksi Ammar... Fokus Ammar banyak kepada Cikgu Wazir. Seperti mama & abahnya, Ammar menjadikan Cikgu Wazir kawan baiknya. Itu lah si anak. Walau kecil, dia mahu menghargai orang yang selalu & telah berbuat baik dengannya....

DUNIA AMMAR I

Imej
Hari ini saya tidak menulis, sekadar berkongsi hasil tangan anak ke 5 saya, Ammar berusia 6 tahun. Mungkin tidak sehebat mana. Tapi melihat kesungguhannya, perlahan...perlahan, penuh sabar dia mengerakkan tetikus, buat saya tabik dengan dia. Yang pasti, Ammar mempunyai makna sendiri tentang lukisannya... Ceritanya tentang lukisan ni...mama Ammar buatkan kek warna 'pink' untuk mama. Lukisan ni dibuat khas untuk abahnya. Lukisan ni untuk Cikgu Wazir...Gambar rumah! Lukisan ni juga untuk Cikgu Wazir. Gambar lori katanya. (Tak tahulah dia sekadar nak bagi gambar atau memang berhasrat nak bagi sebiji rumah & sebuah lori untuk cikgu Wazir.... Amboi..amboi...amboi. Apa Wazir dan buat kat anak akak ha...) Ini gambar 'Kereta Helang' Sebenarnya banyak lagi yang telah dilukisnya. Pantang saya tinggalkan laptop saya terpasang, dia pasti mencelah, buka 'paint' & melukis. Bila penat, dia berhenti sekejap. Nasib tak baik, adiknya akan ganti. Adiknya ambil 'pemadam...

TANPA TAJUK

Imej
Hasil bengkel memasukan gambar dalam 'karangan' melalui jarak jauh (arahan guna handphone je)

MERAYAU

Imej
Hari ni cerita cerita pasal blog. Sebelum ni, suami yang tolong bina untuk kawan2. Tapi saya mendapat dorongan suami, menyuruh saya belajar buat sendiri. Akhirnya saya berjaya membuat blog untuk Cikgu Che Ana. Saya bina & mereka susun letak blognya (Bukan sehebat mana pu, tapi oklah juga untuk orang yang baru belajar ni). Semakin hari, bertambah ilmu saya tentang blog. Tahu 'bahasa2' komputer, tahu macam mana nak buat 'pautan', nak masukkan 'bar video', 'Bar tayang gambar' dan sebagainya. Saya minta anak saya ajar saya cara untuk masukkan lagu. Rupanya, dia dah lama bina blog, untuk kelasnya. Anak2 saya 'terror' juga dengan komputer & internat. Mereka boleh 'download' sendiri lagu, video @ 'games', mereka ada 'flickr', mereka ada 'friendster, ada blog. (Dah ... semua anak, telah diajar komputer dari dalam perut lagi....) Berbalik dengan membina blog, saya minta suami ajar macam mana nak buat 'Chat box...

PERASAAN SEMALAM

Imej
Semalam, perasaan itu datang lagi. Rasa bosan, rasa malas, rasa penat. Pagi-pagi rasa lesu je nak masuk pintu pagar sekolah. Hati rasa tak tenang. Perasaan bercampur baur. Lebih 'syahdu' lagi bila..... terima 'tamparan semalam'....... Rasanya macam dah buat yang terbaik. Tak harap apa2 pun. Cukuplah jika dapat menjalankan tugas dalam suasana yang harmonis, mesra, ceria, bersefahaman, memberi & menerima, saling memaafi, saling membantu, betul & membetulkan, baik & membaiki, ikhlas dan sentiasa berbaik sangka. Balik rumah mengeluh pada suami. 'Rasa Bosanlah dengan Sekolah'. Jawapan suami ringkas tapi cukup bermakna. '.....ala fikir seronok dengan kawan2, seronok dengan anak murid je.... '. Itulah suami. Menjadi teman, menjadi sahabat. Dia lah pendengar setia. Dia menjadi sebahagian kerjaya saya. Dia sentiasa menyokong, membantu apa sahaja yang saya nak buat untuk sekolah. Dia menerima baik, semua kawan2 baik saya. Dia menerima baik, anak2 murid...