KENANGAN BUDI

Mengimbau kenangan bersama 3 KRK 2008. Bersama2 merancang & menyediakan Jamuan Akhir Tahun yang dinamakan MAJLIS KENANGAN BUDI bagi mengenang jasa guru-guru yang pernah mengajar mereka dari tingkatan 1 hingga tingkatan 3.

Kepada anak2 3 KRK 2008, kenangan bersama kalian tetap tersemat dihati. Banyak yang cikgu belajar. Cikgu belajar membina ukhwah, kasih sayang, persahabatan, persaudaraan, keikhlasan,dan persefahaman walaupun kalian hanya anak murid cikgu.

Kini, ramai yang sudah tiada di SMKSKI kerana melanjutkan pelajaran di MRSM, SBP atau Teknik. Harapan cikgu, kalian semua akan berjaya dan terus berjaya.

Walau setiap kita mungkin akan beralih arah kerana mengejar kejayaan dalam hidup..... harap kita teruskan ikatan kasih sayang antara kita. Yang penting ... JANGAN ADA BENCI!

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

KUNING HEBAT

DOA UNTUK ANAK-ANAK

CEKAK LENGAN BAJU KURUNG