BERALIH ARAH
Hari ni tambah seorang lagi geng siber SKI!. Atie, isteri cikgu Wazirlah. Saya buatkan blognya atas permintaan suaminya yang bercita-cita nak jadi keluarga siber. Sampai nak jadikan laptop sebagai bantal anak-anaknya. Klu dengan menulis di blog, dapat meng'gumbira'kan, teruskanlah..... Jangan lupe keje skolah dah lah.
Buat Che Ana...13 hari lagi akan duduk di bangku sekolah (yang tak pusing2.... tak taulah pusing badan ke... pusing kepala..). Lepas tu duduk di kerusi pusing-pusing di Putra Jaya. (Dekat sikit ngan PM). Walau di mana 'puan' berada, ... hakikatnya puan tetap kawan baik saya. Saya dah beri satu 'hadiah' bermakna untuk puan. .... 'Blog' untuk puan mengarang nanti. Dengannya kita akan sentiasa rasa dekat. Dapat terus berhubungan. Kongsi2 lah cerita kat sana yang kitaorang 'cikgu' ni tak 'rasa'.
Tadi ada member tanya 'akak' tak teringin ke 'beralih arah'.. keje ke 'jabatan'. Dengan cepat dapat jawab soalan tu. 'Bila tension... ada juge perasaan tu. Bukan apa nak lari.....je. Tapi bila pikir, cikgu keje 1/2 hari, balik (walaupun bawa keje balik) tapi dapat tengok anak. Taklah malam baru jumpa. Pikir....pikir...pikir... (tension ke atau tak) bangun tidor, gi sekolah juga. Itulah dunia ku'.
Hakikatnya saya bahagia dengan dunia saya sekarang. Saya dapat menyumbang (sikit-sikit) untuk sekolah, saya dapat bantu (sikit-sikit) kawan2 di sekolah, saya dapat tolong (sikit-sikit) anak2 SKI. Ucapan2 yang saya terima... Ucapan, terima kasih kerana menjadi sahabat, terima kasih kerana menjadi kakak, terima kasih kerana menjadi saudara, terima kasih kerana beri saya ilmu, terima kasih kerana mengajar saya, terima kasih kerana menjadi guru saya.... buat saya bahagia. Terasa diri ini bermakna. Terasa diri ini diperlukan. Isyaallah, selagi diri ini diperlukan, selagi ada daya, selagi ada izinNya, saya tetap akan ada di 'sisi' dan kita akan terus bergerak seiringan....

Ulasan
Catat Ulasan