DUNIA AMMAR 3

Hari ini cerita pasal Ammar & sekolah. Tahun ni, tahun pertama dia menjejakkan kaki ke alam tadika. Awalnya Ammar memang tak mahu ke sekolah. Yang dia tahu dunia komputer yang penuh fantasi. Siang & malam mengadap komputer macam ahli keluarga yang lain (termasuk mama & abahnya). Ammar pandai bermain komputer sejak berumur 3 tahun. Setelah berbagai pujukan, Ammar bersedia ke tadika.

Semenjak itu baru dia tahu, di luar sana ada dunia lain yang lebih menyeronokkannya. Dia bagai burung yang terlepas. Bebas & dapat melihat alam yang luas. Sukanya pada sekolah, memang tidak boleh diganti dengan lain. Walau gula-gula & aiskrim yang menjadi kegemarannya. Hingga kan demam pun dia berkeras nak ke sekolah. Kerana dia tahu, dia boleh meneroka dunia melalui alam persekolahan. Begitulah Ammar, dia menikmati sepuas-puasnya dunia kanak2.

Di sekolah, sementara menunggu saya menjemput, dia suka merayau di sekeliling sekolah. Meneroka alam. Yang terkini dia asyek bermain dengan 'telur katak & berudu'. Hari2 ceritanya pasal katak & berudu. Dia berimaginasi, rumah macam rumah 'Mr Bean'. Penuh Katak!. Semalam, semasa menjemputnya, dia membawa bekas plastik yang basah. Rupanya dia membawa berudu bersamanya untuk dibawa balik. Apalagi! bertempiklah mamanya. Saya katakan ... 'jangan bawa masuk, nanti kereta mama penuh katak. Lepaskan dia kat air. Nanti dia mati!'. Ammar pun berkata ... 'ma kene lepaskan kat air ye ma, sebab dia nak jumpa kawan2 dia, dia nak jumpa keluarga dia'. Itulah Ammar. Bila dia bermain dengan serangga atau melihat haiwan... mesti dia akan sebut ... kawan2 dia, keluarga dia.....(kawan2 & keluarga haiwan tu la), Ammar..Ammar (Jadi doktor kot, besar nanti!)








Selain sekolahnya, Ammar suka ikut saya ke sekolah saya. Kerana lebih luas kawasan untuk dia berlari, lebih luas kawasan untuk dia teroka. Pertanyaannya sebelum sampai sekolah....Ma Cikgu Wazir ada tak...& kadang2 keluar dari mulutnya ... Ma kenapa Cikgu Wazir lama tak ambik Ammar.... . Ammar, si kecil yang sentiasa menghargai kawan & sahabat.....

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

KUNING HEBAT

DOA UNTUK ANAK-ANAK

CEKAK LENGAN BAJU KURUNG