ANDA MAMPU MENGUBAHNYA

Pelajar 3E sedang menjawab soalan kuiz sempena Minggu Geografi.







Hari ini masih sibuk. Yang seronoknya, mesyuarat pengurusan tak masukkan kami ketua bidang. Ya hu!. Terima kasih Puan Jamaliah kerana memahami..... Masa yang lapang sempat nuntut ilmu photoshope dengan bekas anak murid Cikgu Wazir.... Itu baru pengenalan... tak cukup kelas tadi, minta dia buat kelas lanjutan, intensif 3 kali seminggu.... (anak murid sapeeee lah tu... Cikgu Wazir juga!)

Seronok yang kedua, minggu ni minggu Geografi, jadi masuk kelas, bertubi2 bagi soalan untuk pertandingan (Dapatlah jimat sikit tenaga). 6 masa tak terasa penat le... Tapi...bila dikumpul semua, termasuk buku latihan, amboi mak, sampai 2 beg dibawa balik... terpaksa minta tolong Isma hantar ke kereta. Kena 'caj' pulak tu! berkira betul si budak baik tu (nyakat je ye Isma). Lagi 1 hal, bawa balik banyak2 tu, sempat ke nak menanda (sendiri bertanda tanya). Sampai rumah je terus buka blog, curah perasaan & intai perasaan orang. Tapi, tabik juga lah kat diri sendiri sebab tercapai niat. Malam tadi sebelum tidur berniat, esok nak bangun pagi dengan penuh semangat. Nak tinggalkan perasaan malas, perasaan penat. Nak mula kan dengan penuh semangat dan terus bersemangat. Nak selesaikan kerja satu persatu. Ingat iklan, 'ANDA MAMPU MENGUBAHNYA'. Tadi bila tengok, buku & kerja yang dibawa balik, ewah, kira nampaklah macam bersemangat lah.... (ok ke tu!)

Hari ni kena bertugas sampai kul 5.00 ptg. Dalam perjalanan sampai ke rumah, berselisih dengan suami, terus ikut hantar Amir ke asrama (2 hari dia demam). Bukan apa, klu ikut, boleh terus makan di luar.....selamat... 7.30 malam baru sampai di rumah. Sambil berehat, sempat ber'blog'.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

KUNING HEBAT

DOA UNTUK ANAK-ANAK

CEKAK LENGAN BAJU KURUNG