BERKORBAN SAJE2....
Huh penatnya. 12 jam keluar rumah. 7 pagi - 7 malam. Sampai rumah disambut dengan pertanyaan anak ke 4, Amirul.... 'kenapa sampai kul 7 malam baru balik'?.
Dua sekolah tahu (SKI & Rantau), hari ni kami seisi warganya kena hadiri LADAP di HICT Klang Perade. Janji ceramah 8.45 pagi, tapi kat kul 10 baru start. Habis menghampiri kul 2 petang. Biasalah, kalau Sabtu, suami hantar dan jemput. Kul 1 ptg dia dan sampai. Apa lagi, habis je ceramah, cabut lapor diri kat suami. Dia kata ' aduh penat, lama berdiri menunggu'. Lalu kat Secret Resepi, dia tanya ' tak nak singgah ke?. Sedang kami menikmati hidangan terakhir, melintas Deen & kawannya. Selepas bertegur sapa dia berlalu. Ingat dah selamat, rupanya dia datang kembali bawa bersama anak2 3KRK 2008 yang lain... Cyayol, Mirul, Safi, Raihan, Batrisyah &... (tak ingat)...& sorry lah ye......tak berani nak jemput, tahu lah harga sepinggan nasi di SR ++RM15 & air buah RM7. Bila nak beredar, Cikgu Wazir & Isteri pula tiba.... Sama2 jalan balik aje le.....
Janji dengan anak ke 3, Amir nak ambik dia di asrama lepas zohor. Tapi kul 3 ptg kami masih di KP. Cuba telefon, minta dia tangguh esok, sekali dengan kakaknya, Amira yang tidak boleh balik hari ni sebab dia ada rehlah (rekreasi) ke PWTC, pameran buku. Tapi.... dia senyap... (macam sedih je). So tak sampai hati, terus bekejar ke HIRA Jeram. Itu lah hati ibu, walau pun setiap kali kali hantar ke asrama, bagi tahu, mereka boleh balik 2 minggu sekali (sebab kat rumah mereka asyik main komputer je), tapi .... tak sampai hati juga. Bak kata abahnya... 'tak apalah, diaorang sentiasa ingat rumah'. Lepas HIRA, terus bekejar ke Komplaks PKNS, cari buku tadika Ammar (dia asyik bising, tak beli2 buku dia)... Masa ni saya dah tak larat + mengantuk. Apa saya buat... tak temankan suami ke kedai buku tapi saya sambung tidur dalam kereta yang suami parking di basement (sampai macam tu sekali kesan LADAP)
Menu malam ni.... Nasi goreng tom yam je... Yang sedihnya, beriya2 siapkan bahan untuk masak satu kuali, tapi bila buka periuk, nasi adalah 2 mangkuk je (pembantu tak masak). So jadilah 'lebih perencah dari nasi' & saya mengalahlah tak makan, cakap kat suami... dah kenyang. Kat sekolah boleh berkorban, kat rumah pun kene lah berkorban juga...

Tun Teja memang hebat....kuat smangat...tuyang jadi mentor kat skolah tu...tahniah abihkan ladap dengan jayanya...
BalasPadam