DUNIA AMMAR I

Hari ini saya tidak menulis, sekadar berkongsi hasil tangan anak ke 5 saya, Ammar berusia 6 tahun. Mungkin tidak sehebat mana. Tapi melihat kesungguhannya, perlahan...perlahan, penuh sabar dia mengerakkan tetikus, buat saya tabik dengan dia. Yang pasti, Ammar mempunyai makna sendiri tentang lukisannya...


Ceritanya tentang lukisan ni...mama Ammar buatkan kek warna 'pink' untuk mama.


Lukisan ni dibuat khas untuk abahnya.


Lukisan ni untuk Cikgu Wazir...Gambar rumah!


Lukisan ni juga untuk Cikgu Wazir. Gambar lori katanya.
(Tak tahulah dia sekadar nak bagi gambar atau memang berhasrat nak bagi sebiji rumah & sebuah lori untuk cikgu Wazir.... Amboi..amboi...amboi. Apa Wazir dan buat kat anak akak ha...)

Ini gambar 'Kereta Helang'

Sebenarnya banyak lagi yang telah dilukisnya. Pantang saya tinggalkan laptop saya terpasang, dia pasti mencelah, buka 'paint' & melukis. Bila penat, dia berhenti sekejap. Nasib tak baik, adiknya akan ganti. Adiknya ambil 'pemadam' & padamkan atau ambil 'cat' & tuangkan pada lukisan Ammar. Ammar tak pernah marah kerana dia tahu dia ada banyak peluang lagi untuk melukis & menghasilkan karya lain.

Ammar, Mama akan simpan karya Ammar untuk tatapan Ammar kemudian hari...

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

KUNING HEBAT

DOA UNTUK ANAK-ANAK

CEKAK LENGAN BAJU KURUNG