SURAT DARI ANAK....

Hari itu, emel dihantar kepada suami ku.... memberi alasan mengapa nak pindah... 10 alasan diberikan, banyaknye berkaitan dengan sekolah.... tapi dihujung emel ada tertulis.... sebenarnya ada lagi.....

Dan semalam.. sebelum balik ke asrama anakku telah tinggalkan surat untuk kami... surat yang telah menyebabkan suami ku menangis dengan lebatnya....
Aku walau pun sebak tapi aku tidak boleh menangis.... antara aku dan suami mesti saling menyokong.... bila dia lemah... aku mesti jadi penyokongnya... bila dia sedih, aku mesti pemujuknya... bila dia menangis.. aku menyapu air matanya.... Tapi sebenarnya.... aku dah banyak mengeluarkan air mata kerana masalah dengan anak kali ini....

Paling terharu bila dalam deraian air mata suami ku berkata 'anak2 abah semuanya baik-baik.. abah dah salah sangka.. maafkan abah sayang...'. 'Maafkan abah kerana abah gagal jadi abah yang baik...'.

Walau rasa seperti menerima tamparan yang hebat akan isi kandungan surat tu.... kami tak ada rasa marah dengan anak-anak. Malah kami berterima kasih atas kejujuran anak2.. atas sikap berterus terangnya .... Walau, setengah-setengah perkara, ada sebab kami mengambil sikap atau sesuatu tindakan. Alasan yang paling kuat.... kami sayang anak-anak kami, kami nak jaga mereka, kami nak didik anak2 kami.... macam mana pun kami lebih dulu makan garam... dan kami lebih banyak pengalaman.... terutama dengan tipu muslihat dunia....

Walau macam mana pun... kami tau kami tetap ada silapnya... Kami lebih ingat pada didikan yang kami terima dari genarasi lalu kami hingga kami lupa untuk menyelami hati remaja masa kini....

Namun... pada saat ini... aku sangat bersyukur.... kerana Allah tunjukkan jalan pada aku dan suami... Allah bagi peluang untuk kami baiki kesilapan kami.... Dan yang penting... ruang terbuka luas untuk aku memiliki KELUARGA BAHAGIA kami...

Apa yang dapat kami katakan...
'Kami bersyukur dengan cahaya mata yang baik2 yang diberikan pada kami,Insyaallah, kami akan pelihara amanahMu dengan sebaik mungkin...'

Buat anak2 mama & abah.... KAMI SAYANG SEMUA ANAK2 KAMI....

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

KUNING HEBAT

DOA UNTUK ANAK-ANAK

CEKAK LENGAN BAJU KURUNG