DI SEBALIK KEM....

'Akak ... nak buat kem tingkatan 6. Aku tau impian tu bermakna bagi adik ku sorang ni. Cikgu Wazir yang kaya dengan kasih sayang terutama anak-anak. Dia ingin mulakan usaha untuk menjaga, memotivasikan anak2 tingkatan 6 ni. Mereka bukan sahaja aset penting sekolah tetapi langkah mereka dah semakin terhad. Ibarat Selangkah ke U. Kalau mereka tak bagi makna pada peluang yang ada itu.... mereka sendiri yang akan rugi... Dari pengalaman2 lepas, pelajar yang tidak serius belajar.... biasanya kecundang.....

Aku macam biasanya.. rakan kerja yang setia. Kami bersama adek2 yang lain.... memang team kerja yang baik. Walau kami tak ada part pun dlam tingkatan 6, tapi janji setia kami... sedia membantu, sedia bersama ... bila antara kami ada tugasan....

Akhirnya Kem Kembara Ilmu Pra U.. selesai juga dengan jayanya...
Daripada impian seorang guru, ku tuliskan dalam bentuk pernyataan dan kini menjadi kenyataan. Ia tak kan berjaya.. tanpa kesepakatan guru2 tingkatan 6 dan guru2 lain yang terlibat serta ...Ex-student Form 6 yg menjadi urus setia....
TAHNIAH UNTUK SEMUA YANG TERLIBAT!

Bagi kami.... Ini usaha keluarga besar kami. Untuk memastikan semua itu berjaya.. ia perlu kometmen yang agak besar... Ia melibatkan masa guru yang terpaksa bermalam... Dan ada antaranya perlu ke sekolah bertemankan pasangan hidup ... dan anak2.

Sepanjang Kem, lagu AKU ADA KAMU sentiasa kedengaran.... dan membuatkan perasaan ku sentiasa bergetar bila mendengar lirik2nya... Dalam maknanya lagu tu. Ia mampu menyemarakkan semangat seseorang sekiranya mempositifkan maknanya. Lagu tu ku anggap sangat besar maknanya bagi keluarga besar kami..... untuk berjaya, kami tidak boleh berdiri sendiri... kami perlu sokongan semua pihak... kami perlu sokongan tidak berbelah bagi.. kami perlu sokongan yang hadirnya tanpa dipaksa2.

Tangisan.....
Ia tanda Kem tu sangat bermakna bagi aku dan mungkin bagi adek2 ku dan guru2 lain.

Tangisan pertama ku... kerana aku sangat bahagia melihat adikku Wazir sangat bahagia pada hari itu. Impiannya tercapai. Dan aku bahagia... aku turut sama membantu dalam merealisasikan impiannya.... bagi ku dia seorang yang terlalu baik. kebahagian hidupnya ... besar maknanya bagi aku. Dan dalam dakapan isterinya, ustazah Noriati aku membisikkan...'terima kasih ti, ada disamping Wazir di sepanjang Kem ni. Kami sentiasa perlukan Ati'

Tangisan ku yang 2: dalam dakapan, Norma membisikkan 'Cikgu & Cikgu Wazir guru the best'. kalau nak diikutkan, siapalah aku, dalam kelas tingkatan 6. setakat buat jadual waktu.... tak de kaitan langsung. Tapi .... aku sentiasa merasai aku hidup di kalangan mereka. Antaranya Karim, Faridzul, salleh, Jijah, Ariel, Noorma, Izati... . Aku sungguh terharu...sentiasa ku rasai kasih sayang mereka...

Tangisan ku yang ke 3: Aku menangis kerana aku mahu menangis bersama2 Laily... rakan sekelas Noorma. Entahlah, sebelum ini aku macam tak pernah perasan dengan Laily sepanjang dia di SKI. Aku mula perasaan kan dia, semasa dia menerima keputusan STPM yang diserahkan oleh Cikgu Wazir. Walau cikgu Wazir cuba memainka perasaan dia sebelum menyerahkan keputusan tu... dia buat muke dekkkkk je.macam orang tak de perasaan.... Lepas tu, bila kami sama2 makan di KFC... aku semakin kenal wataknya. Ia seorang yang tak sensitif, dan susah nak ambik hati..... Tapi melalui Kem tu.. rupanya.. budak ni ader jiwa jugak... dan tiba2 jer.. dlm masa yang singkat, aku terus jatuh sayang padanya... dan terdetik dlm hati... kenapalah, aku tak mengenali dari dulu lagi.... semasa aku mengenali Noorma dulu... Alhamdulillah, walau lambat.. aku tetap rasa bermakna... sempat mengenali hatinya......

Kem, Penat..... Tapi .... Beri makna yang mendalam buat AKU, WAZIR, ANAK2 KEM.....

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

KUNING HEBAT

DOA UNTUK ANAK-ANAK

CEKAK LENGAN BAJU KURUNG