3G


3G, itu tak ada kaitan dengan 'handphone'. Itu nama salah satu kelas yang saya ajar. Saya mengajar mata pelajaran Pendidikan Seni Visual. Walau pun saya bukan opsyen seni, saya ambil cabaran ini sebab saya tidak mahu kalah dengan cikgu Wazir, guru seni yang hebat. Katanya, antara sebab dia berkawan dengan saya ialah kerana pada dia saya ni hebat terutama dengan komputer. So dia nak hebat juga macam saya. Selalu sangat dia bagi perumpamaan ' kalau berkawan dengan tukang besi, kita juga akan bau tahi besi' dan berbagai perumpamaan yang sewaktu dengannya diberikan kepada saya. Jadi kami sering mencuri ilmu antara satu sama lain.

Berbalik dengan kelas 3G. Saya mengajar Seni, Cikgu Wazir mengajar Geografi. Murid kelas ni agak ramai. Mereka agak bising dan masih lena ( macam pelajar yang tidak bercita2 & tidak berwawasan). Kami selalu menyatakan rasa kecewa, kerana dah hampir 4 bulan bersama, kami masih gagal 'mengejutkan' mereka, mereka masih tidak memenuhi arahan kami, masih tidak membuat kerja dengan sempurna. Bebagai-bagai helah kami lakukan agar mereka tersentuh hati dan bersedia mematuhi arahan kami. Kalau boleh kami tidak mahu menggunakan kekerasan. Kami nak bina hubungan baik.
Tetapi.......bila kami dah tak sabar, kami berdua bersemuka dengan mereka. Kami 'basuh' cukup2 sampai tunduk menangis kebanyakan mereka. Saya yang 'ciwek' ni pun, apa lagi, tak lepas peluang menangis sama, (sedih & kecewa). Selepas hari itu, berhelai2 surat kami terima, memohon kemaafan dan meminta agar kami terus mengajar mereka. 'Berubah'lah kut mereka!.
Tapi .... beberapa kerat je yang berubah. Yang lain, kalau berubah pun, sikit sangat. Macam tak ketara pun.... . Entahlah,..... Ikutkan hati, rasanya malas dah nak ambik kesah pasal mereka. Nak jalankan tugas mengajar je. Masuk kelas mengajar. Tapi tak boleh pulak. Saya ni, kalau masuk kelas tak menyakat, tak bergurau dengan mereka, rasa tak ceria je. Nak kelas ceria, kena ada hubungan baik antara murid2 dengan kita. Tapi hati ... (sakit jugalah). Wahai anak-anak 3G, lapangkanlah dadamu menerima nasihat guru, lapangkanlah fikiranmu untuk menerima ilmu. Semoga kalian semua berjaya. Wahai 3G.... (1. Gigih. 2.Gigih. 3. Gigih)
G : Gigihkan dirimu untuk jaga dari lenamu
G : Gigihkan dirimu untuk gerakkan mindamu
G : Gigihkan dirimu untuk gerakkan semangat mu
Cikgu pasti kamu 'GIGIH' untuk melakukannya,
kerana kamu 3G, 3 Gigih!

Ulasan

Catat Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

KUNING HEBAT

DOA UNTUK ANAK-ANAK

CEKAK LENGAN BAJU KURUNG