KEK COKLAT

Setakat ni saya dah rekrut 2 orang jadi blogger. Saya yang tidak berapa pandai ni kenalah mengajar mereka. Dalam sibuk-sibuk cakap pasal blog, tiba-tiba adalah yang bersuara '... blog ni bahaya, nanti terlibat dengan politik...bla...bla.. bla'. La ke situ pulak.


Tengoklah nama blog saya 'perjalananku'. Itu maknanya blog ni saya gunakan untuk mencatat perjalanan harian saya sebagai guru. Suami pesan dah, bila menulis blog, hati-hati: 1. Jangan lukakan hati orang, 2. Jangan terlibat dengan isu-isu sensetif & politik, 3. Ada unsur nasihat @ ilmiah 4. Cerita sesuai dengan semua orang. Maklumlah guru - pengikutnya mestilah anak murid, rakan guru dan ibu bapa 5. (ini paling menarik) Kalau letak gambar, gambar dari tepi, jangan gambar penuh, nanti orang kenal.... risau abang, isteri nanti popular. Dia sayang lah tu....

Saya rasa, bertuahnya ada blog sendiri. Kadang2 rasa rugi pula kerana tak mulakan dari dulu. Ya lah, 18 tahun menjadi guru, memang banyak pahit manis, suka duka yang dilalui dan mewarnai perjalanan hidup seorang guru. Itulah istimewanya menjadi guru.... dan Blog ni menjadi diari, menjadi tempat melepaskan isi hati, dan juga tempat terakamnya penghargaan kepada segala kebaikan, keikhlasan, pengertian, persahabatan, persaudaraan serta perjuangan kita semua.

Kadang-kadang kita tidak perlu kek coklat @ sebagainya, sebagai tanda menghargai atau untuk berbuat baik dengan seseorang. Memadailah kita belajar memahaminya, bersedia menerima kelebihan dan kekurangan, menjadi teman ketika sedih atau gembira dan yang penting keikhlasan & kejujuran. 'Tiada apa yang lebih berharga dalam sebuah persahabatan melainkan kejujuran dan persefahaman pendapat'. Tepuk dada tanya selera!.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

KUNING HEBAT

DOA UNTUK ANAK-ANAK

CEKAK LENGAN BAJU KURUNG