MENTOR MENTEE

Hari ni saya nak menulis hal mentor mentee. Saya tidak hendak bincang pasal definisi, matlamat & objektifnya. Tetapi saya suka bercerita kesah di sebalik tabir program mentor mentee di sekolah saya yang dilancarkan pada 28/02/09 (Sabtu, 8.30 pagi). Penyerahan anak-anak kelas 3 & 5 Kelas Rancangan Khas oleh ibu bapa mereka kepada guru sebagai ibu atau ayah angkat.

Saya bersama cikgu wazir membantu menyediakan persembahan pelajar untuk majlis itu. Biasalah kami berdua kalau nak buat program, mesti nak cuba sehabis baik. Kami mahu program penyerahan anak angkat itu memberi kesan yang baik, kesan yang mendalam kepada semua pihak.Latihan memakan masa lebih kurang 2 minggu. Mulanya agak sukar untuk mengumpulkan mereka. Setengah mereka memandang 'lekeh aktiviti nyanyi-nyanyi ni'. Kami agihkan antara kami berdua tugas2 daripada membeli CD Minus One, mengumpulkan dan 'scan' gambar2 anak KRK bersama keluarga mereka dan seterusnya membuat video klip untuk dijadikan latar belakang persembahan,menjahit bengkung,dan membeli eksesori2 lain sebagai kostum persembahan, sehinggalah tugas menghantar mereka pulang selepas latihan. Bila tiba masanya, ingat dah sempurna, rupanya ada juga yang terlupa, iaitu pin untuk guna bengkung. Terpaksalah Ustazah Noriati (Isteri Cikgu Wazir) bergegas ke kedai berdekatan.

Alhamdullillah, tugas kami dapat disempurnakan. Kebanyakan ibu bapa tidak mampu menahan air mata, sayu, tersentuh mendengar rintihan, harapan & janji anak-anak mereka.

Buat saya sendiri, cukup terpanggil untuk jalankan tanggung jawab, memenuhi harapan ibu bapa terutama apabila mendengar kata-kata keramat mereka "Cikgu, saya serahkan anak saya kepada cikgu, tolong jaga, tolong didik dia....... " & kepada si anak mereka berpesan "....... dengar cakap cikgu, dengar nasihat cikgu..... nanti kalau dah berjaya, jangan lupa cikgu”. Saya hanya dapat katakan "Insyaallah, saya akan jaga anak akak, saya akan jadi kawan dia ...."

Bagi saya, saya dan cikgu Wazir telah membukakan jalannya. Semoga apa yang berlaku bukan sekadar "satu persembahan". Buat rakan-rakan mentor, sama-sama kita penuhi harapan ibubapa anak2 didik kita. Prinsipnya mudah sahaja "kalau kita jaga anak orang dengan baik, InsyaAllah, orang juga akan jaga anak kita dengan baik". Buat ibu bapa, ”kami cuba yang terbaik, tetapi di rumah, mereka adalah milik ibubapa. Coraklah mereka”

Photobucket

Ulasan

Catat Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

KUNING HEBAT

DOA UNTUK ANAK-ANAK

CEKAK LENGAN BAJU KURUNG