PATS & HEADCOUND

Ape tu? Tensionnya! Rasanya semua guru tahu apa bendanya tu. Jadi tak payahlah saya bercerita panjang tentang PATS & HEADCOUND

Yang saya nak cerita ialah 'Saya kena bagi ceramah (LADAP) pada guru-guru sekolah saya tentangnya' pada 28/03/09 yang lalu. Maklumlah guru kalau dah pergi kursus, kenalah buat 'kursus dalaman'. Tension jugalah saya. Mana taknya, saya pun tak berapa faham, kena pula bagi ceramah di hadapan 100 lebih orang guru. Dalam mengelabah, sempat juga berseluruh dengan suami' ... nak ambik cabaran ni. Manalah tau satu masa kena buat pembentangan dalam seminar @ persidangan. Bentang Kajian Tindakan. Berlagak tu...

Selama 18 tahun mengajar, kerja tetap saya ialah menjadi 'master mind' / membuat perancangan @ kerja di sebalik tabir. Tapi kali ni kena bagi ceramah. Apa lagi, pecah kepala lah study, slide powerpoint yang disediakan pun banyak. Memang tertekan. Tabiklah kat suami. Tengok isterinya tension, dia pun study kat internet, cari cara atasi tension. Yang dia jumpa cara mengurut, untuk legakan tension. Oklah tu. Bertuah saya.

Petang, sehari sebelum ceramah, saya memandu sendiri bersama seorang anak kecil mengikut cikgu Wazir ke KLIA mengambil cikgu Karim balik dari Umrah. Dalam perjalanan balik, saya buang segala kekusutan, ketegangan dan cicirkannya di lebuh raya.

Bila ceramah, apalagi, belasah je lah (tapi cuba yang terbaik). Siap dengan Video Klip ' Lagu Kualiti Teras Kejayaan'. Selesai ceramah terima sms dari kawan baik ' Tahniah, penceramah yang ceria' (ia lah tu). Tapi yang seronoknya habis ceramah dapat sijil & sampul putih (berduit tu...). First time !. Esoknya, pergi Putra Jaya. Melihat pameran. Tengah hari, belanja makan (guna duit dalam sampul tulah). Makan kari kepala ikan bersama suami, Wak, Ati, Montel, Cyayol, Karim, Nani & Zaid di Restoran Masjid Putra Jaya. Habis semuanya.... Tapi puas, dapat berkongsi 'hasil' dengan mereka.

Yang pasti, bukan semua perkara kita hebat. Saya sendiri masih perlu banyak belajar lagi. Memang betul 'Pengalaman tidak diperolehi jika kita tidak melakukannya'. Satu perkara lagi, kita belajar dari orang hebat supaya kita pun boleh hebat juga.

Ulasan

Catat Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

KUNING HEBAT

DOA UNTUK ANAK-ANAK

CEKAK LENGAN BAJU KURUNG