CEKODOK TAK DE, NASI GORENG PUN BOLEH!

Semalam dah mula rasa tak sihat, tak sedap badan, batuk2 & nafas tak elok. Inilah rupa orang degil. Doktor dah atur dah menu untuk saya yang kena cirit birit peringkat demi peringkat hingga esok sepatutnya. Tapi lepas jumpa doktor, selera pula menjadi2. Mana yang tak dibenarkan, tu lah yang teringin. Suami kata belasah je. Mula2 patuhlah... makan bubur. Tapi bermula pada malamnya.... Anggur, jagung, pecal, tembikai, sambal belacan, sambal udang Aryanti, kari, maggi tomyam, air manggga, dan pelbagai2nya...

Dari semalam lagi pikir nak maanjakan diri atas katil rasa tak sihat sangat...Tapi bila suami sebut sup sirip je....gagah terus!.. pergi dengan berbekalkan koyok dibadan, telah 2 biji panadol & dequadin. Makan malam pula .... masih ..pedas & ais ...Sampai rumah.... urus diri & terus tidor!

Suami!....baru je nak sampai rumah dering sms satu demi satu masuk. Dengar lah dia sebut...Karim....Montel..Salleh.. Isma...Syafiq... Ain...Jijah (Oit perempuan pun ada!). Sampai kul 12 mlm masih melayan sms. Terpaksa isteri tidor sorang2...Pagi!.... masuk lagi sms.... betul2 melampau!. Penderaan mental pada suamiku!. Antara sms di terima.. Selamat Hari Jadi kepada Cikgu Mazidah & suami... (Ni sapa yang sambut hari jadi sebenarnya ni...). Satu lagi sms ..... 'Tak yah susah2 lah, kalau cekodok tak de... nasi goreng pun tak pe!'. Nasib baik suami ku mendengar nasihat... saya katakan padanya '.... balaslah bang... kesian, budak2 kecik..'....'Tak pelah, Tuhan sentiasa menolong orang2 yang teraniaya...'. 'Ada Ubi Ada Kelapa, Lain kali Jangan Harap Apa2!'.
Berlindung di balik wanita berbaju hitam & oren. Mereka lah antara penyebar2 'fitnah' melalui sms!

Sebelum pergi sekolah pagi tadi terima pesanan dari suami..'Ucapkan terima kasih kepada mereka2 yang memberi ucapan'.....Di sekolah, dikesempatan yang ada, saya singgah kelas 6A3 dengan cekak pinggang untuk sampaikan pesanan daripada suami. 'Jaga kau!'. '..... Kacau suami aku!' dan sebagai denda!. Mereka kena habiskan cekodok & sos dengan bekas2nya sekali... (Diaorang buatlah kot!... sebab bekasnya tak balik pun kat kereta!..... tapi diorang memang macam tu kalau tak ditulis nota 'Sila pulangkan bekas selepas dibersihkan', sah2 semua tu akan menetap di rumah no.22 SKI)......
Kami tengah fikirkan bagai mana nak balas segala 'kebaikan' diaorang tuuuu

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

KUNING HEBAT

DOA UNTUK ANAK-ANAK

CEKAK LENGAN BAJU KURUNG