KALAU DAH JODOH TAK KE MANA

Sekarang di SKI dah ramai 'couple'. Lepas sekolah, kantin, 'pot' dia orang. Ala... diaorang tu semua berlakon je... kononnya buat kerja rumah. Tapi masing2 berpasang-pasangan. Ala... cikgu pun pernah bercinta lah.... tahu gaya orang bercinta. Jangan nak 'cover line'lah.... Cikgu Wazir kata... ada 10 pasangan yang popular kat SKI..kira 'top ten' lah tu... macam Anugerah Sijil Markah Terbaik Ujian je...

Nak ngumpat salah sorang anak murid saya, kelas 3C. Hari tu saya tunjuk Peta Malaysia. Tanya dia... ni negeri apa?. Dia jawab, 'Sabah'. Bila saya jerkah, dia tukar 'Sarawak'. Saya jerkah lagi dia pun tukar lagi. Sebenarnya negeri Perak. Saya pun bersuara.. 'awak ni kenapa ha... negara sendiri pun tak tahu. Nanti kalau saya bagi tiket pelancongan ke Perak awak pergi ke Sabah. Macam mana tu?. 'Awak ni anggau ye? bercinta?. Dia tersipu2 & pelajar lain bersuara antara kedengaran dengan tak... mengiyakannya. Saya tanya dia soalan yang sama. Dengan jujur dia jawab, 'ia!'. Bila ditanya dengan siapa. Dia jawab...'Tingkatan 5'. Saya pun tak kata apa, cakap lebih2 kang kena saman pulak!. Tapi dengan 'ganas'nya saya berkata, 'Awak, kalau tak lulus Geografi, saya belasah pak we awak, boleh?'. Dia pun mengangguk.... Dengan budak2 ni nak berleter selalu pun tak guna.. jadi saya pun cerita sejarah kisah cinta....konon boleh jadi tauladan.

Saya mula nak belajar bercinta semasa di tingkatan 5. (Ok lah tu dah besar sikit). Bukan ape, simpati kat jejaka yang merana putus cinta. Konon nak jadi juliet, tolong motivasikan semangatnya yang dah 'down' tu. Bila bercinta semua indah, motivasi pun tinggi. Saya lebih tekun belajar sebab nak buktikan saya hebat, saya pandai, untuk pastikan dia semakin sayang kat saya. Tapi rupanya saya yang syok sendiri (syok belajar lah)... Dia semakin anggau, semakin longlai..... Bila SPM keluar, saya cemerlang lah juga tapi dia..... Dengan SPM saya masuk UTM dia kena ambik STPM dulu le... Bila saya melangkah kaki ke U......saya terus buat keputusan tinggalkan dia. Kejam?... Tidak!. Saya buat keputusan yang bijak, sebab bagi saya lelaki seperti itu tak boleh dijadikan suami. Tidak bertanggung jawab pada diri sendiri. Lemah kerana cinta.......
... Rupanya jodoh pertemuan di tangan Tuhan. Bercinta separuh mati pun, kalau bukan jodoh.. terlepas juga. Tahun 3 di UTM perasaan cinta pada seseorang mula berputik. 'Admirer' kat dia dari tahun 1 lagi. Risau juga bila perasaan cinta dah berkembang. Tak mahu jadi seperti contoh2 yang tak sihat. Kandas atau tak 'perform' sebab bercinta. Terus jumpa pensyarah, Prof. Dr. Azhari bin Hussin (Satu dunia tahu nama dia). Bagi tahu dia.. 'saya & XXX bercinta. Saya nak dia pantau kami, agar kami sentiasa berada di landasan yang betul takut tersasar'. Saya minta dia simpan rahsia ni. Saya tak nak orang lain tahu. Perasaan cinta sangat istimewa , menjadi milik saya & saya tak nak syer ngan orang lain. So berjalan lah kisah cinta kami dengan rahsia. Tahun 3, tahun 4 & tahun 5. Ramai yang mengesyaki & bunyi mengusik2 tapi kami terus menyepi. (Macam kesah cinta Siti Norhaliza ... Biarlah Rahsia). Alat perhubungan kami.... melalui surat dalam buku & telifon awam di asrama... tempat dating... Library U bersama kawan2 sekelas.

Tamat belajar, balik kampung masing2... menganggur... terputus hubungan. Maklumlah Melaka & Selangor dulu2 sangat jauh. Panggilan telefon mahal! kami mana bergaji....Banyak juga lah dugaan masa ni. Putus..sambung... putus.. sambung...putus sambung. Dipendekkan cerita selepas separuh tahun kursus perguruan Lepasan Ijazah... tunang. (Tunang cepat2, takut kena ngajor di Sabah & Serawak). Habis belajar terus nikah!.. tak de sanding2. Zaman melesat. Semua perbelanjaan ditaja keluarga kami. Ini lah jodoh namanya...

Kampung suami dekatlah dengan 'Tangga Batu' tempat pemprosesan petroleum. Jadi bila ajar tajuk tu .... keluarlah kisah cinta ni ....sebagai selingan. Sampai sekarang murid2 ingat lokasi tu...

Moralnya... kecik2 tak payah bercinta. Buat ngabehkan boreh je... silap2 pelajaran tak habis. Cinta itu memang indah, tapi menyakitkan. Banyak masa.. merajuk, pujuk.. merajuk, pujuk. penatlah!.
Jadi tunggulah... paling awal pun... bila dah dapat gaji pertama! taklah menyusahkan/ merisaukan bakal pak & mak mertua. Dapat peluang melanjutkan pelajaran ke U...belajar dulu, nikmati hidup sebagai pelajar U. Zaman ni lah paling seronok. Di U lah kita menjadi dewasa & matang kerana di situ kita akan menemui banyak pengalaman & dugaan. Segala nya memerlukan kebijaksaanaan diri sendiri. Ingat KALAU DAH JODOH TAK KE MANA.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

KUNING HEBAT

DOA UNTUK ANAK-ANAK

CEKAK LENGAN BAJU KURUNG