MELALUINYA KU SAMPAIKAN SALAM

Lokasi : Kantin Sekolah

Suami ku berkata, 'best juga ada blog ni'. Dia antara pengikut setia blogku. Selain aku dia juga mengikuti blog dari sahabat2 baikku cikgu Aryanti, Cikgu Wazir, Cikgu Hanafi serta blog anak2 muridku Isma, Farydzul, Saleh dan lain2. Dia dah lama ada blog, tapi dah lama juga tak aktif. Agaknya, kerana seronok baca blog geng kami, dia pun nak aktifkan semula blognya, katanya 'blog foto'. Ape2 ajelah. Yang penting dia sentiasa beri aku ruang untuk meluangkan mase ku setiap hari mengadap blog ku.

Blog ku baru 'sebulan jagung'. 04.04.09 tarikh aku mula memblog. Rupanya blog ni membawa seribu makna dalam perjalanan hidupku. Ada ketikanya ia menjadi jurnel, mencatat segala peristiwa dalam perjalanan hidup ku sebagai Hamba Allah, sebagai ibu, sebagai isteri, sebagai guru, dan sebagai sahabat. Ada ketikanya ia menjadi lapangan untuk aku melepaskan segala tekanan hidup, keluh kesahku terutama sebagai guru yang memang penuh dengan pelbagai cabaran. Ada ketikanya ia juga menjadi perantara untuk aku menyatakan penghargaanku, ucapan terima kasihku kepada orang2 yang tersayang, suami, anak2, sahabat2 dan anak2 murid dan sesiapa sahaja selain menyampaikan salam kemaafan atas segala kesilapanku kepada mereka.

Melalui blog, aku juga dapat mengikuti perjalanan hidup teman2 serta anak2 murid, lebih mengenali mereka, lebih mengerti mereka , lebih rapat dengan mereka dan pada masa yang sama aku merasai kasih sayang mereka.

Rupanya, blog ini ada peminatnya sendiri. Kadang2 rasa terharu, bila ada yang meletakkan diri mereka sebagai pengikutku, lebih2 lagi dari mereka yang tidak ku kenali. Yang melawat ke blog ku, selain pengikut setiaku, rupanya datang juga dari seluruh dunia...Ini klu bisnes mesti jutawan dah aku. ... he3 (cita2 akan datang)
Anak2 pun suka membaca blog mamanya. Macam2 komen di dengar. Hari tu, Amirul bersorak gembira, bila lihat gambarnya tersiar. Ammar pula suruh buang gambar dia, katanya 'gambar dia tak handsome'. Anak2 juga menghormati minat ku.

Seronoknya, blog ni menjadikan hidup kami meriah. Saya, Cikgu Wazir & permaisurinya, Cikgu Aryanti, Isma, farydzul, Izzuddin & Saleh macam tak puas berkomunikasi di sekolah, sambung di rumah pula melalui blog. Ape je yang kami bincang & buat, selalu kaitkan ngan blog. Hari2 cakap pasal blog. Macam2 perangai. Cikgu wazir dengan keseronakkannya cerita pasal anak2 (kadang2 ambik peluang untuk mengayat .... yang susahnya akak le... kene jawab banyak pertanyaan daripada peminat2 ciliknya). Cikgu Aryanti ape tah lagi. Dia memang sentiasa riang & semangat je menulis di blog (kerjenya memuji je..). Izzudin pula kuat bodek kami cikgu2nya le... Isma lagi lah.... ambil kesempatan nak manje ngan cikgu2.... nak cari peluang jadi menantu le tu!. Yang pasti untuk menulis, terpakse kerah otak untuk cari idea & susun ayat (Tak macam Cikgu Wazir tu.... ceduk je dari internet... wak ngapuro ye wak). Dengan menulis berkembanglah sikit pemikiran......

Satu lagi yang pasti, pada waktu ni (3.30 pagi)... ketiga2 adik beradik kembar ni.. masih tak tidor, masih chit chat... Ini lah penangan 'broadband' & 'streamyx'....

Ulasan

  1. Selamat datang alam blog. Saya jumpa blog akak dari blog Roszana. Sila jenguk blog saya di hamidah-surirumah@blogspot.com jumpa lagi nanti. Salam, hamidah M3

    BalasPadam

Catat Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

KUNING HEBAT

DOA UNTUK ANAK-ANAK

CEKAK LENGAN BAJU KURUNG