MENJAWAB SEMUA PERTANYAAN

RABU 20/05/09

Mulakan sekolah dengan ceria, walau kepayahannya hanya Tuhan yang tahu. Alhamdullilalah, ting 3 periksa pertengahan Tahun. Tak lah guru ni letih melalak. Harap anak2 ting3 dapat menjalaninya dengan jayanya. Lepas sekolah ada taklimat. Wajib, tak boleh tuang. Habis je terus cabut. Tak boleh tunggu taklimat ke 2, ’Rombongan Cik Mia ke Jakarta & Bandung’. Suami segera ambil cuti setengah hari untuk hantar saya ke Selangor Medical Cente. Alhamdullillah, dalam keadaan tak sihat & tak larat ni, suami sentiasa ada di sisi. Di sekolah paksakan diri ceria & nampak sihat. Tapi depan doktor, tak boleh sembunyi. Kena tahan Wad. Pergi SMC tak buat persediaan pun, hanya bawa bag sekolah yang belum keluar dari kereta. (Guru sejati katakan...). Kesian pula nak suruh suami ulang balik ke SMC hantar keperlauan. Anak2 kat rumah juga perlu diurus. Mujur ada T-shirt anak dara saya & kain batik di kereta. Itu je lah.... buat salinan...

Masuk Wad

(3 hari, 3bilik berbeza - Klien cerewet)


Gelang pemberian SMC

Cucuk tangan kiri untuk masukkan ubat. Cucuk tangan kanan untuk ambil darah.



Topengku

Ubat-ubat ku (sebahagian sahaja)

Ambil tekanan darah pula tah berapa kali. Masuk gas setiap 3 jam. Tu belum gangguan2 lain....Tak aman langsung. Merungut je lah dalam hati...

KHAMIS 21/05/09

Pagi2 suami dah datang hantar persalinan. Tengah hari dia terpaksa balik sekejap ambil Ammar dari tadika. Petang dia terpaksa pula balik dengan segera untuk ambil Amirul selepas aktiviti koko. Malam urus makan minum anak2. Kesian dia. Jadi malam saya minta dia tak payah jenguk saya. Tinggallah saya di Wad bertemankan kesepian...Tanpa senyum. Sampaikan mendapat permintaan dari misi 'kak...senyum kak'....terpaksalah senyum


Tempat baring ku


Hidanganku










Try buka internet, untuk berblog, rupanya WIFI hanya ada di tingkat 5 & kantin je. Malas nak turun. Semalam dah pesan kat suami suruh pinjam dulu broadband saya dari Cikgu Wazir semasa dia ke rumahnya utk hantarkan laptop Cikgu Aryanti. Suami kata lupa sebab nampak Cikgu Wazir senyum tawar je... he2 jangan marah Wak.


Di Wad, nampak macam rehat, tapi fikiran sebenarnya penat menerawang kepada perkara2 yang tidak menyeronokkan. Mata buat2 pejam, paksakan tidur, tapi tak lena....sejam... dua jam... akhirnya pagi.


JUMAAT 22/05/09

Rutin biasa. Masuk ubat, ambil tekanan darah, ceck demam & ambil gas setiap 4 jam sekali. Petang ni suami ambil cuti separuh hari lagi. Anak2 tak da yang ambil dari sekolah. Itulah pengorbanan suami. Setelah urus anak2 & rumah, baru dia dapat jenguk saya.




SABTU 23/05/08

Doktorku & Misi

Pagi2 sms kat boss no.1 & no.2 SKI, 'terkilan' tak dapat datang LADAP. Dia orang kata ok & suruh saya rehat & cepat semboh!. Tq banyak2. Bila doktor datang, saya minta diri, nak balik tidor kat katil sendiri. Dah naik kebas badan ni dek kemasukan ubat yang tak berhenti2 mengikut masa yang ditetapkan. Dah naik sakit pinggang ni dek terbaring je... dah naik sakit kepala ni dek mikir yang tak henti.... dah naik sakit dada ni dek nafas yang tercungap2.

Pukul 2.00 petang keluar wad dengan perasaan yang lemah je. Entah...ada lah tu yang tak kena... puas suami meniupkan semangat & memberi dorongan. Tiba di rumah terus berkurung diri dalam bilik. Letih suami memujuk..... Malam....akhirnya... setelah mendapat 'ilham', atau 'suara' dari langit atau suara 'harapan' sang sahabat... akhirnya saya kembali bercahaya, bertenaga.... & buat 'demand' kat suami nak makan nasi lemak kukus. Suami cari di Meru tak de. Pukul 10.30 dia ajak saya keluar makan di Restauran Zul Yahya (pelakon tu...). Tenang & damainya berada disamping suami yang memahami sambil menyusur Highway Setia Alam yang lengang. Hampir 12.00 malam baru tiba di rumah. (orang sakit dibawa ronda malam2... he2). Terima kasih suami ku... kerana sabar melayani kerenah isterimu ini.


Buat sahabat disayangi....

P/S Buat kawan yang tertanya kenapa saya senyap, yang risaukan saya, sorry lah. Saya tahu, senyap lagi merisaukan kawan2, tapi....tahu2 je lah saya ni... kalau sakit semua jadi bisu & kaku... bersendiri....

Ahad...24/05/09

....biasalah memanjakan diri...bangun bila mata hari dah tinggi. Sarapan pagi disediakan oleh Restauran di belakang rumah. Selepas, masak Mee udang untuk makan tengah hari anak2, kami berdua mula tak senang duduk. Merancang....permintaan isteri untuk ke Mydin Subang Jaya dipenuhi suami (Window shopping je...ujung2 bulan ni tinggal balance2 untuk buat beli jajan anak2 je). Bersuara juga dia ... nafas masih tercungap2, larat ke nak jalan.... Isteri menjawab..'nak juga, 3 hari berkurung di wad, tak nampak dunia luar. Nak naik kereta ronda2, lihat pemandangan'. Sebenarnya... memang masih tak berapa sihat, muka masih sembab, kaki & tangan rasa bengkak dek 'over dos' kot. Tapi....dah memang degil...he3
Dalam perjalanan balik.... minta singgah di Komplek PKNS pula...teruskan window shopping. Makan tengah hari dengan seketul ayam KFC je. Saja.. tekak ni nak rasa macam2.
Petang, usaha jaya menjahit bengkong untuk persembahan koir sempena Hari Guru. Sapa lagi sifunya... klu tak Cikgu Wazir....

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

KUNING HEBAT

DOA UNTUK ANAK-ANAK

CEKAK LENGAN BAJU KURUNG