BERSAMA SEPASUKAN..

Hari ini rasa senang je nak pergi sekolah. Terasa lapangnya dada. Macam apa yang membebankan fikiran telah di'muntah'kan malam tadi. Kesihatan pun, ok ke, tak ok, kira ok je. Dah kat sekolah, tak ingat sakit. Lagi pun hari ni kan Jumaat, hari 'last' minggu ni. Esok & lusa suami pula ada kursus fotografi, bermakna tak de aktiviti jalan2, makan2...So saya nak memanjakan diri, nak rehat sepuas2nya.

Pengajaran hari ni, 3E, 3F & 3G agak kelam kabut sikit. Urusan KGT. 'Berniaga' bahan fotostat pun laku.... Tak pe lah, cikgu bantu mana yang boleh....

Rehat, makan bersama si Jebat & Dang Anum. Nama aje makan... separuh pinggan pun tak abis. Entah makanan yang tak sedap, entah tekak yang tak sedap, entah hati yang tak sedap. Lama berbual ,sebab dah lama tak berbual sama2. lepas tu kelam kabutlah menyelesaikan kerja. Borang... borang... borang. Berapa banyak borang nak isi dah...

Loceng balik je, saya & Yan terus cabut ke rumah Cikgu Wazir. Tak minta izin kat dia pun, sebab yang kami nak ziarah ustazah Noriati bukan dia. Sabar ye adinda Noriati..Insyaallah, setiap penyakit ada obatnya, setiap kejayaan ada usahanya (peribahasa reka sendiri). Kita akan bersama2 'sepasukan'...

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

KUNING HEBAT

DOA UNTUK ANAK-ANAK

CEKAK LENGAN BAJU KURUNG