KENANGAN DI JAKARTA & BANDUNG


Banyak yang dapat dihayati...kehidupan masyarakatnya... yang sabar dalam berusaha & sanggup bekerja untuk masa yang panjang dalam sehari...hanya untuk mendapatkan sedikit rezeki...Yang nyata...jika ada duit semunya akan jadi mudah. Kesusahan kita, bererti rezeki bagi mereka...mereka dengan pantas akan menghulurkan bantuan...angkat barang, meminjamkan payung, melintas jalan...hulur sajalah sedikit wang untuk bantuan mereka...

Yang paling dikagumi ialah kreativiti & kerajinan mereka...semua dihasilkan untuk jadi barang jualan yang boleh mendatangkan pendapatan...Sememangnya Bandung maju dalam fesyen. Sebab itu muncul nama 'Paris Van Java'. Memang seronok shopping di Bandung. Terutama untuk mendapatkan fesyen Muslimah...dari telekong, tudung, blaus labuh, t-shirt labuh, beg, kasut & sebagainya...
Antara barangan yang dibeli di Bandung

Yang banyak dipelajari di sini....ialah...kami dah pandai dah...tawar menawar & membuat perbandingan sebelum membeli.....seboleh2nya nak bagi semua kaum kerabat kat Malaysia oleh2 Bandung. Dan kalau boleh tak nak bawa balik semula duit rupiah....(berlagak tu)..Di Bandung juga kena banyak berhati2 & waspada sepanjang masa. Takut keselamatan barang berharga....Selain itu, kami berhati2 juga bila berbelanja...takut tak cukup duit nak makan 5 hari (he3)......

Yang paling seronok ialah...dapat bercuti bersama kawan2.....Semuanya satu kepala...saling membantu & saling menemani.....shopping di Bandung memang menyeronokkan & memuaskan hati......boleh dikatakan semuanya ada di sini..dengan harga yang agak murah...hanya perlu pandai memilih & menawar...Tapi..lebih seronok jika lawatan ini...tidak menepikan lawatan ke tempat2 sejarah, tempat berpandangan menarik. Sesunggunhnya lawatan ke satu2nya tempat menarik...iaitu Tangkuban Perahu, amat bererti & menarik sekali....

Yang paling menyedihkan....hari2 makan menu yang sama....kami rindukan sambal belacan, sup, tomyam, sayur campur....

Yang sukarnya...untuk menentukan makanan yang dijual...halal atau tidak...

Yang paling 'haru'....kami (saya, Noriati,Wazir)... termakan otak lembu yang kami sangkakan telur ikan....Harap2 kami...tetap cerdik..seperti cikgu Mazidah, Cikgu Wazir & Ustazah Noriati yang dulu....

Yang paling terharu...bila baca mesej dari anak2...di blog sendiri... Terharu atas ingatan & kesediaan anak2 untuk ditinggalkan selama 5 hari...Terima kasih anak2...malang tak dapat hantar cerita melalui blog kerana kat hotel penginapan tu tak ada line internet. Tambah terharu....bila sampai rumah...anak2 suruh tulis blog...sebab diaorang nak tahu cerita lawatan mamanya ke Indonesia.....

Apapapun...kami tak serik untuk ke Bandung lagi dan tak serik untuk melancong lagi....lepas ni...ke mana pula...

Ulasan

  1. Assalamualaikum Tuan/Puan.

    Salam dari Kita Holidays Travel & Tour Indonesia.
    Kalau Tuan/Puan nak melawat ke Indonesia, jangan risau hati sila hubungi :

    KITA HOLIDAYS TRAVEL & TOUR INDONESIA
    Tour operator & Travel Agency

    Sebuah serikat yang punya legalitas di Indonesia, memberikan pengkhidmatan tour ground handling di beberapa daerah yang favorit untuk di lawati. Kami arrange secara profesional dan dengan penuh rasa kekeluargaan, juga dengan harga tour yang sangat berpatutan sekali seperti ke : Padang dan Bukittinggi Tour, Aceh Tour, Medan Tour, Jakarta dan Bandung Tour, Jogjakarta Tour, Bali Muslim Tour dan sewa kenderaan.

    Contact person : Amsyahril
    Mobile : +6285263007445
    E-Mail : am_holidays@yahoo.com / kita_holidays@yahoo.com / kitaholidays@yahoo.com.


    BalasPadam

Catat Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

KUNING HEBAT

DOA UNTUK ANAK-ANAK

CEKAK LENGAN BAJU KURUNG