DASAR PELUPA.....

Hari ni daripada sampai sekolah hingga nak balik.... ngadap laptop je... Tengah cosentret buat Graf Prestasi Diri murid yang diajar. Cikgu2 kena ingat ye... kita kena buat GPD murid yang kita ajar berdasarkan markah headcount yang saya dah beri. Saya ni suka menggunakan komputer. Nampak smart gitu.... tu yang sanggup mengadap komputer dari pagi ke petang. Sampai berpinar biji mata....

Saya bina graf bagi setiap individu yang saya ajar... guna excell je. Tinggal isikan markah & graf terbina sendiri. Kalau cikgu2 nak guna boleh lah.... tapi simple aje lah, tak canggih & setakat ini hanya untuk PMR je... Doa2lah saya rajin terlebih. Boleh saya binakan untuk SPM juga....

Hu... hu sebenarya dalam leka membuat.... risau juga. Takut tak siap menanda KKG. Tapi keinginan nak tolong kawan2 besar juga.... Maklumlah, HC begitu popular sekarang... rasa2nya kalau pelawat datang.... dia minat nak tengok fail HC kita.... saya agak je.... so, mari kita sama2 bereskan HC ni ye cikgu2....

Sibuk membina graf hingga sanggup tak turun rehat. Hajat nak siapkan sebelum balik. Kat rumah ni kerja lain pula menunggu.... Bila tiba nak balik.... saya tercari2 bag tangan. Puas cari, Tiada!. Naik jenguk ke kelas yang saya masuk pagi tadi, juga tiada. Pucat saya. Minta tolong adikde Amirul pula tengok ke kelas berkenaan. Juga tiada!. Saya tak pulak ingat kad2 yang banyak tu. IC, Lesen, Kad ATM.... yang saya risau sangat.... Handphone saya. (Mahal tu.....) Besar maknanya tu.... Hadiah suami!. Lagi pun... HP tu banyak sumbang gambar kad blog saya..... Kemudian baru saya perasan bag 'pampes' (ala bag kain tu) ada 2 je... Pagi tadi bawa 3. (1 isi bekal. 1 isi BRM. 1 isi laptop.) Cari & cari yang 1 lagi. Nampak terselit bawah meja.... ha.... ha.. jumpa!, dalamnya lah duduknya beg tangan saya. Ni yang kena cepat2 pindah ke apartment Mewah ni.... (bilik baru KB), tempat lama dah sesak!. Memang Dasar Pelupa.... salah kan bilik pulak!..... apa2 pun sorry pada Cikgu Zai, Cikgu Jaimah, Cikgu Adikde Amirul, Ustazah Rusnah...... kerana tolong risau kat saya tadi..... He... he... Memang dasar pelupa!

Jaimah kata.... tu lah... orang tak biasa pakai bag tangan.......

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

KUNING HEBAT

DOA UNTUK ANAK-ANAK

CEKAK LENGAN BAJU KURUNG