SELAMAT HARI JADI AMIR ....

Isnin ni 6/7/09 … hari jadi Amir yang ke 13. Tapi sambutannya kena buat awal. Sebab Isnin dia kat asrama. Sambutannya 3 hari tuuu. Semalam belanja Pizza, Hari ni jamu soto & esok... bawa menonton Tranformer. (Dimaklumkan cerita tu ada adEngan yang tak sesuai untuk kanak2.. kenalah bagi taklimat kat budak bawah 18x tu supaya buat tak pandang adingan yang tak senonoh.... )

Tadi baru je lebur... RM600, beli hadiah hari jadi Amir. Mintanya.... kamera!. Masa2 tak berduit ni.... sakit lah juga. Tapi... anak kan. Nak buat macam mana... bapa borik anak rintik. Abahnya ke hulu ke hilir dengan kamera. Amir mengikut lah tu..... Abah boleh belanja beribu untuk kamera.... untuk anak...ikut je lah. Kamera Samsung, E555, 10 megapixal. Syarat untuk Amir... mesti belajar cara shot gambar (dengan abahnyalah), masuk kan dalam blog @ photopages dan...... mesti bagi kalau ahli keluarga lain nak pinjam ( mamanya dah plan nak pinjam.... kamera Amir lagi canggih dari mamanya punya).....Kami memang galakkan dia memfoto .Biarlah dia mengisi masa yang berfaedah disamping mengasah kreativiti. Kelihatannya Amir minat dengan Seni. Seni lukis, seni foto, seni komputer. Kombinasi yang boleh digabung menjadi minat yang berfaedah.

Selamat hari jadi Amir. Semoga Amir dimurahkan rezeki, panjang umur, dimudahkan laluan hidup, menjadi anak yang soleh, penyejuk hati keluarga, menyenangkan hati keluarga dan pemimpin keluarga. Mama, Abah, Abang Amin, Kak Mira, Adik Amirul, Ammar & Amili sayang Amir. Semoga kita bahagia dalam satu keluarga...

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

KUNING HEBAT

DOA UNTUK ANAK-ANAK

CEKAK LENGAN BAJU KURUNG