TERLEBIH KERENAH.....

Hari ni di sekolah menyibukkan diri... tak berhenti. Pagi mengawas kelas periksa. Rehat tak ke kantin, terus sambung memprint headcount untuk tingkatan 1 & 2. Print out HC memang banyak.... anggaran 1 tingkatan 1 rim. Itu pun.... pilih2 je. Kalau nak diikutkan .... seorang pelajar 1 print out. Untuk guru kelas pun ada.... Tapi tak laratlah saya nak ikutkan semua.... takut rosak printer kat umah ni.... Alhamdullillah, tinggal tingkatan 4 yang belum selesai. . Terima kasih adinda cikgu Amirul yang tolong membereskannya.... (Semalam mesyuarat pengurusan sah.. dia ganti saya sebagai guru headcount). Kepada guru2 yang dah dapat print out tu, jangan lupalah simpan kat fail headcound masing2 & jangan lupa buat graf prestasi diri untuk setiap anak murid cikgu tu....

Pukul 12.00 sambung dengan mesyuarat panitia. Belum pun habis mesyuarat.... datang pula 'panggilan'.... 'nak borang2 semak buku latihan'. Pelawat dari Jabatan nak tengok!... menggagau mencari..... Tak tersusun betul kerja......

Harap2 bila kami (KB) pindah ke apartment baru.... kerja lebih tersusun..... (biasa macam tu kan.... tempat baru semangat baru.... lepas tu... habuk pun 'banyak'). Cikgu2 jangan tak tahu.... dek kerana pertambahan guru2... kat bilik guru tu.. kami kena pindah tempat.. Kat bilik kecil dalam bilik mesyuarat tu... (kiranya dari banglow ke apartmenlah....). Ha... ha... kami walau tak suka dengan mesyuarat.... kena jadi penghuni bilik mesyuarat. Tarikh dijangka pindah.... Cuti bulan 8 ni..... Tak pe... walaupun kecil... dijangka bakal menjadi apartmen 'mewah'... sebab... halaman kami luas .... kami boleh berfoya2.... kat ruangan mesyuarat yang besar tu..... Korang kalau nak sarapan pagi kena rajin2 lah jenguk kami nanti....

Pukul 2.00 petang saya terus cau. Bukan tak nak selisih dengan pelawat daripada jabatan... tapi ada hal mustahak. Tunaikan amanah adik untuk bayarkan yuran pindah nama tanah ( hari tu dia tak sempat.. kaunter bayaran telah tutup). Selagi tak selesaikan tugas tu..... rasa takut & susah hati je..... Maklumlah bertahun adik berusaha menyelesaikan masalah tanah tu... (disebabkan penama2 dalam geran tu kebanyakannya dah meninggal & geran yang asal pun tak ketahuan sapa yang memegangnya...) dan dia minta tolong saya selesaikan selangkah je lagi. Dia pesan, 'segera'... Kerjanya senang je... bayar kat kaunter, tak tahu, tanya kaunter pertanyaan.... lepas tu serah resit ke bahagian Pusaka. Cuma masa je yang masalah.... Isnin masalah kunci, Selasa mesyuarat hingga 4.00 petang ... takut betul saya, kalau adik marah....

Akhirnya hari ni.... lewat lagi ambik anak2. Tapi diaorang memang sabor... . Sebelum tiba di rumah sempatlah membeli pelbagai menu.... mee sop, laksa, laksam, nasi lemak & keropok lekor. (Ikut masing2 punya cita rasa... Nasib baik ada kedai yang menjual.... macam2 menu tu).

Selesai segala urusan ....... ajak anak2 kecil tu memerap kat bilik.... Pesan kat Ammar jaga adik...'mamanya nak tidor'. Bila bangun.... biasalah.. disorang dah siap mandi... Alhamdullilah... anak2 tak banyak kerenah. Mamanye aje yang selalu terlebih kerenah!..............

Kononnya malam ni... nak siapkan penandaan KKG....yang tertangguh lama. Nak tunaikan janji ngan SU PMR.... hari Jumaat SIAP. Tapi baru nak mula saya dah 'koma'. Lepas magrib tadi, mengemas kemas rak buku... sikit je. Tapi saya langsung tak boleh kena habuk..... terus bersin, melelah & semput ....... Makan ubat & tertidur...... !. Sedar2 dah 11.20 malam. Terus bangun, buka laptop, memblog dulu untuk menghilangkan ngantuk...... Tapi....... macam mana ni.....Ngantukkkkkkkkkkkkkkk.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

KUNING HEBAT

DOA UNTUK ANAK-ANAK

CEKAK LENGAN BAJU KURUNG