ALAMAK! RUMAH KU......

Pagi tadi kena bagi taklimat kepada guru2 mata pelajaran tingkatan 3 & 5 pasal Graf Prestasi Diri murid diajar. Saya binanya sendiri. Taklah bagus sangat. Guru2 sesi petang pun ada yang membina juga. Saya ni memang suka buat dengan komputer. so alang2 saya dah buat, boleh lah saya syer dengan cikgu2. Lebih seragam hasilnya..... Sebenarnya saya tak ingat pun, saya kena beri taklimat..... bila semua orang dah berkumpul kat bilik mesyuarat baru lah berlari2 saya mengambil bahan kat bilik guru. Lepas tu kena buat folder pula kat komputer peperiksaant..... Kelam kabut juga lah...... Tak pe cikgu2..... yang penting cikgu ada dokumentasinye......

Lepas rehat.... macam biasanya... senonim dengan hari Selasa.... mesyuarat pengurusan... itu pun asyek keluar masuk.... menyiapkan setting hc ting 5 & bantu guru2 yang ada masalah hc. Pukul 4.00 baru habis mesyuarat... (macam biasanya mesyuarat pengurusan... mana ada yang sekejap....). Kebetulan hari ni bertugas..... . Sepatutnya sampai 4.30 petang. Tapi takkan 30 minit dah balik.... tunggulah sampai 5.00 petang baru balik...

Singgah di gerai cekodok.... beli lah berbagai jenis menu sebagai minum petang. Maklumlah ramai anak.... lain2 cita rasa.... Memang masing2 sedang kelaparan....

Tiba di rumah..... alamak, rumah ku macam tongkang pecah. Semua anak ada di rumah.... maklumlah SMI Hira dicutikan... Tapi... tak komen apa2 lah... yang besar2 demam.... agaknya tengok ajelah adik2 kecil buat sepah..... Terpaksalah supermama ni menyapu, membasuh pinggan mangkuk (yang banyak tu....) & masak .... Sebelum pergi tadi, masak nasi goreng, bubur nasi seperiuk & air bali..... ( menu untuk orang demam.... ) Licin...... a

Hari ni abahnya bawa anak2 jumpa doktor. Risau tengok keadaan anak.... maklumlah musim H1N1 ni..... Seperti saya kata semalam, bawa jumpa doktor je.... ubatnya kami beri ubat homeopathy. Bawa anak2 ke klinik.....Abahnya tompang sekali lah..... baru nak demam dah dapat mc. Siap doktor pesan... sok kalau tak sihat... ambil mc lagi..... Alhamdulliah, balik tadi, tengok anak2 dah semakin sehat & agak bertenaga.... Semoga cepat semboh....

P/s ... Buat adikde Wazir.... sabar & tabah dengan dugaan. Jaga diri. Semoga cepat sembuh, bertenaga, bersemangat... untuk teruskan perjuangan seorang guru...

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

KUNING HEBAT

DOA UNTUK ANAK-ANAK

CEKAK LENGAN BAJU KURUNG