AMANAH BERBAYAR

Petikan daripada Blog Cikgu Malaysia

.... Sebagai guru kita semestinya mempamerkan sifat-sifat baik agar ia menjadi ikutan kepada anak didik kita.Jangan kita merosakkan amanah yang telah diberikan oleh ibu bapa, masyarakat dan negara dalam menghasilkan generasi akan datang yang berilmu dan berakhlak mulia.

Ingatlah amanah yang diberikan merupakan "amanah berbayar" yang mana setiap sen yang diberikan kepada kita akan diperhitungkan kelak di Akhirat nanti. Jangan kita selesa dengan apa yang kita ada dan dapat sekarang, kerana apa yang kita dapat belum tentu hak kita andai kata kita tidak menunaikan tanggungjawab dengan sempurna dan sepenuhnya.

........ Semalam merupakan sejarah - jangan ditangisi apa yang telah berlaku, hari ini merupakan hak kita - maka rebutlah segala peluang yang ada, dan hari esok belum tentu - jangan difikirkan apa akan berlaku.....

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

KUNING HEBAT

DOA UNTUK ANAK-ANAK

CEKAK LENGAN BAJU KURUNG