ANGIN SATU BADAN.......

Jam menghampiri 3 pagi. Saya masih paksakan mata ni celik. Hasrat nak menyudahkan kerja. Kawan2 mesti marah saya tidur lambat kerana kerja. Entahlah, saya nak kembali seperti dulu... Saya nak cari diri saya yang sebenar. .... Saya harap, sementara saya tengah semangat ni... saya dapat selesaikan semua kerja & kehidupan kembali normal.....

Ya lah tu.... rasanya awal tahun cakap macam tu juga. Tapi.... haru biru juga hidup. Entahlah. Macam2 yang saya nak buat. Memang saya macam ni. Nak kata kuat kerja... tak juga. Malasnya banyak juga. Saya jenis lambat buat kerja kot...... Tu yang tak siap2....

Saya ni memang kepala angin sikit.... time tension & lebih2 lagi time 'tut'... (rahsia perempuan) lagi lah angin, kadang2 hilang kawalan & keseimbangan. Suami kata angin satu badan... Memang pun, masa tu tak le silap sikit, cepat je naik tanduk........kadang2 ada juga kekawan yang kena tempiasnya... terpaksa mengadap muka saya yang mencuka... takut nak tegur... Entahlah, kalau kira umur.... dah melepasi 40, tapi tidak tanduk macam budak2 gak.... La.... dah hari2 campur dengan budak2 sekolah....

Lah.... dah 3 1/2 tahun saya kat SKI. Kalau ikut umur.... tu kira bayi lagi.... Tapi saya rasa banyak yang telah saya lalui & semua itu menjadi pengalaman yang bermakna. Memang tak boleh dinafikan... kita hanya merancang tapi Allah yang menentukan segalanya.. Saya sendiri tak pernah merancang akan ke SKI... (ingat pencen di SMKTIS), rupanya penyusunan Allah, nak saya ke sini, menemui kawan2 baru, bos baru, sistem pengurusan baru, anak2 murid baru, dan pelbagai lagi lah....

Dalam menjadikan diri sebahagian dari dunia SKI ni, kadang ada suka, kadang ada duka, kadang buat2 suka, kadang2 menangis, kadang2 gelak besar, kadang2 bahagia, kadang2 rasa terpaksa dan pelbagai kadang2 lagi lah...

Yang pasti.... semakin hari, semakin bertambah usia ni & sepatutnya semakin bertambahlah matang fikiran, semakin kebal hati, semakin stabil emosi..... Tapi, rupanya kalau dah sensetif tu.... sampai ke tua dibawa perangai tu.... dan ada masanya.... kakak yang veteran ni lebih sensetif dari adik2 yang muda belia & gagah perkasa. Dan ada masanya.... kakak ni memilih jalan mengalah atau menyerah kalah sebagai jalan keluar .......

Entah apa... yang saya merepekkan ni.... tu lah bila mata ditahan2 mengantuknya.... lama2 susah nak tidur.... Apa2 pun, saya harap saya sentiasa diberi kekuatan & semangat untuk menghadapi semua cabaran & dugaan........

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

KUNING HEBAT

DOA UNTUK ANAK-ANAK

CEKAK LENGAN BAJU KURUNG