HARI KE 5 ..... KENA JIMAT2...

Hampir kul 12.00 keluar rumah menuju ke SKI. Ada hal sikit. Lepas tu terpaksa bekejar (speed kereta la...) nak bayar yuran sekolah anak2. Takut pejabat kewangannya tutup pula.... Lepas tu ronda ke kedai kain. Cari baju raya untuk mak. Tak tau lah sempat atau tak kakak jahit nanti.

Selesai tu... shopping untuk keluarga. Target utama baju Amili. Memang biasa beli baju Amili setahun sekali. Baju2 tu lah yang akan diulang pakai sehinggalah tahun depan, menjelang raya sekali lagi baru beli lain. So, kena belilah banyak sikit untuk dia. Lagi pun dia bukan boleh guna baju orang lain. Atas dia ramai lelaki. Kakaknya pula dah besar sangat.... Seronok beli baju Amili ni. Macam2 fesyen boleh dipilih. Tapi.... walau masih 4 tahun... Amili pun kena pakai baju yang tutup aurat. Lengan panjang & seluar panjang. Harga pula mesti murah2 je........ Susah sikitlah nak cari. Nak senang... mamanya pilih fesyen yang sama, cuma warnanye je beza.... Hai anakku, walau tutup aurat tapi masih bergaya juge....

Selesai... baju raya anak dara kecil ku... Yang lain, guna baju abang2 diaorang je. Hanya Ammar saya belikan seluar jeans & slack. Sebab dia ni dah suka bergaya... kat rumah ni... seluar sekolah abang dia yang agak panjang pun dia belasah. Rasa dah bujang kot. Abang Amin syer baju dengan abahnya. Amira pula syer dengan mamanya.... Raya tahun ni... kita orang sambut ala kadar je. Pakai mana yang ada... tambahan pula 2 minggu selepas raya Amira akan menghadapi PMR, so... tahan diri dari beraya sakan lah.....

Selesai shopping.... kena fikir masalah lain pula. Pakaian tu kena try... kalau tak saiz, boleh lah tukar dalam masa 3 hari. Nak try kena sembunyi2. Ammar tak leh tengoh baju2 Amili & Amili tak boleh tangok baju Ammar yang saya beli. Kalau tak... ha! perang dunia nanti.... . mesti ada yang tak puas hati nanti. Tak nak yang sorang lagi lebih.... Nak elak gaduh.... kena beli sama untuk dua2 anak ni... tapi mana mungkin sama.... satu lelaki & perempuan!. Ammar... Amili.. bila nak matang ye....

Yan... kau tak nak tanya menu akan hari ni....
Laksa Penang. Masak laksa sebab sardin sahur tadi ada lagi... tambah ikan kembung 2 ekor lagi... buat kuahnya. Berbuka ni bukan makan banyak sangat. Tapi kalau buat sikit alang kepalang je...Sebab ... saya ni buka rajin sangat masak. So masak banyak sekali. Bila kuah tu dah sejuk.... bahagi 2, 1 bahagian dihidang, 1 bahagian lagi simpan dalam tempat dingin beku... Minggu depan, laksa lagilah gamaknya.... He3.. jimat tenaga!. Tergerak juga nak bagi jiran2, tapi masak orang puasa ni.. takut tak sedap pulak. Selain laksa... masak naget je... (Caranya panaskan minyak & goreng hingga kuning perang... senang kan he3). cadangan lauk untuk nasi putih.... sayur campur (Ni belum masak lagi lah... tulis blog dulu), telur asin & sambal kering ikan bilis...(tapi dah masak lama... sambalnya tak kering2.... )

Zir... ingat nak ajak buka puasa....tapi menu laksa... wak tak makan kan..... he3 Jangan marah...

Ok lah Yan, Wakjir, Che Ana, K.Sakila, kawan2 lain, pengunjung2 blog, selamat berbuka.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

KUNING HEBAT

DOA UNTUK ANAK-ANAK

CEKAK LENGAN BAJU KURUNG