HARI KE 13...YAHOO...

Salam Ramadhan

Yahoo... banyak yang menghappykan hari ni. Pergi sekolah dengan bersemangat. Seronok nak jumpa adik, sahabat2, cikgu cikgi, anak2 murid. Sehari cuti... macam lama sangat tak jumpa. Rindulah pulak....

Pagi... dimulakan dengan kelas 3J.... setakat ok lah. Masuk kelas 3C.... seronoklah diorang dapat belajar dengan bermain. Kelas 3E pun... oklah juga. Macam minat je bila cikgunya ni ngajor. Ok le.... tapi yang terus tak minat.... terpaksa le pejam mata. Tak larat nak tegur. Kalau marah2, ganggu emosi nak ngajo je. Sekali sekali.... terpaksa abaikan.... bukan tak ditegur. Dah selalu dah... biarlah mereka fikir sendiri. Masuk kelas 3K.... sejuk juga hati. Terdapat segelintir pelajar sudah menyiapkan kerja yang saya kirimkan kat Cikgu wazir semalam & mereka bersedia untuk hantar. Walaupun tak semua menyiapkannya.... saya tetap puas hati kerana saya tidak mengabaikan mereka yang nak belajar tu. Bila dipuji... dengan seronok diaorang berkata. 'Cikgu kan.. cikgu kami..'. Diorang pun dengan air muka yang seronok bercerita...'semalam tuan hj Azhar puji.... bagus kelas ni, senyap.... (mereka sedang buat kerja yang saya pesan tu le)...'. Sebenarnya, mereka juga seperti yang lain.... ingin dihargai, tahu dihargai dan pandai menghargai.... Walaupun mereka kelas yang hujung, tapi tak boleh abaikan mereka langsung... kerana di dalamnya ada insan2 yang masih mahu menerima tunjuk ajar, masih mahu dididik .... Mohd Auf... semoga kamu dapat membawa kawan2 kelas kamu turut menjadi insan yang berpekerti mulia, senang membantu & mahu berusaha dalam pelajaran. Kepada kelas 3K terutama yang masih setia di kelas setiap hari...semoga kamu semua berjaya dalam hidup...... Cikgu seronok pernah menjadi guru kamu....

Yahoo...bertugas hari ni dibenarkan balik awal 1/2 jam.... bulan puasa.... Kul 4.00 petang dah boleh cau!. Anak2, kakak Maznah tolong ambil. So... mesyuarat panjang sampai kul 3.00 pun... tak de hal lah. Urusan anak dah beres. Masa bertugas pun dah kurang ... Yahoo.... he3. Jangan marah boss!!

Tiba di rumah, juruteknik Toshiba pun sampai untuk baiki mesin basuh. Yahooo..... mesin basuh dah pulih... Tak yah lagi membasuh kain baju kul 2-3 pagi. Sejuk2. Tu yang tambah masuk angin badan. Abang... ambik balik tugas abang tu ye..... tugas basuh baju... he3

So...bila balik lambat..... buatlah suara merengek kat laki (trick biasa..).... penat..... yahooo! berjaya! So...pesan menu berbuka petang ni..... Tomyam & Siakap masak 3 rasa... Beres!. Selesai Menu petang ni....

Eh! tak habis lagi.... tak boleh yahoo terus...target malam ni. Nak siapkan soalan percobaan & postmortem. Sepatutnya hantar sebelum cuti dulu.... Nak buat macam mana. Sebelum cuti.. diserang mood cuti. Dah cuti... diserang mood nak rehat panjang.. Insyaallah... macam mana keadaan pun ... larat ke tak.... ke dua2 kerja ni kena siap. Hujung minggu ni le saya buat program HC untuk ting 1, 2 & 4 tu ye puan Amiah.... sorry... Kitaorang pun umrah jugak.... umrah kat Mydin...he3

Selamat Berbuka...

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

KUNING HEBAT

DOA UNTUK ANAK-ANAK

CEKAK LENGAN BAJU KURUNG