GENG GADUH KAT TANGGA

Salam....

Malam ni tergerak hati nak membuat catatan di blog ni. Entah kenapa macam ada tarikan.... Sebenarnya tak tahu nak tulis apa... dah lama tak menulis .... idea dah kaku....

Hari ni bersama mak, adik beradik yang lain serta anak2 buah pergi meminang anak dara kat Taman Seri Kerayong.... Ala keciknya dunia... rupanya Si dara tu anak sepupu Ustazah Noriati isteri si wakjir tu.... Memang kita ditakdirkan untuk bersaudara Zir..... Sebenarnya... bapa kedua belah pihak adalah kawan baik... pak dan mak saudara si dara juga kawan2 baik dengan adik beradik saya.... Jadilah pertemuan tadi... pertemuan yang mesra kerana bertemu ngan rakan2 lama....

Itulah penyusunan Allah.... kita tak pernah sangka pun. Kadang2 kita bertemu... disaat2 gembira... kadang2 kita bertemu di saat2 duka.... dan rentetan cerita dari situ menjadikan pertemuan itu semakin akrab.

Cikgu Wazir.....kalau kita ikuti tulisannya... banyak ruang tulisanya selalu menghargai saya yang dianggap kakaknya.... Kenapa begitu?.... Kerana dia seorang insan yang lembut hati, di jiwanya penuh kasih sayang. Sikit bantuan yang kita hulurkan... besar penghargaan yang dia berikan.... Padahal saya tak banyak membantunya..... saya sekadar menjadi teman setia untuk dia bercerita....

Kami boleh menjadi akrab.... Inilah takdir yang Allah dah susun.... Setiap yang berlaku ada khidmahnya......

Orang mungkin tak tau... disebalik ceria wajahnya.... disebalik usaha mengembirakan orang lain.... dia menyimpan berbagai kedukaan.... mungkin duka tu ujian untuknya... mungkin duka tu memang dia cari sendiri kerana prinsip hidupnya '.... susah nak syer ngan orang lain' ' tak mahu menyusahkan orang lain'..... 'lebih baik berdiam'....

Melangkah kaki di SMKSKI pun satu ujian.... saya juga tak lepas melaluinya... terutama awal2 tahun di SKI. Maklumlah orang baru.... banyaklah prajudisnya.... Alhamdulillah.... rasanya saya dah sedikit kuat untuk menghadapinya.....

Wakjir.... juga tidak terlepas.... Dugaan pertama di SMKSKI... buat dia hampir tumbang.... kebetulan saya antara yang terpilih untuk memahami situasinya.... Dan sejak itu, dia dah beri pandangan yang tinggi pada saya..... Seperti saya kata di awal tadi... Wakjir adalah orang tahu menghargai.... sikit saya buat baik dengannya..... banyak pertolongan yang diberikan selepas itu kepada saya....

Bila banyak bekerja sama..... kami semakin mengenali hati masing2... banyak persamaan antara kami dan kami mudah serasi..... Alhamdullillah.... keakrapan ini turut disertai oleh Cikgu Nasa (dah pindah dia...), Cikgu Aryanti.... Ustazah Noriati... Suami ku tercinta dan anak2 jagaan Cikgu wazir sendiri.... Keakraban kami bukan saja dalam hal sekolah.... kami dah jadi satu keluarga besar.... banyak aktiviti2 yang kami jalankan bersama..... seperti mandi di Ulu Yam, Menonton Upin & Ipin, Melawat pemeran di Putrajaya, mencari ilmu di galeri Fotografi di Rawang, Homestay di kampung halaman Cikgu Razak di Sungai Sireh Tanjung Karang, Balik kampung pak mertua saya di Melaka, Menghantar Cikgu Karim ke Universiti kelantan, Melancung ke Jakarta & Bandung, Baraan raya dan banyak lagi yang tak tersenarai disini. Selepas ini banyak lagi... aktiviti yang kami rancang bersama... termasuklah percutian di Terengganu... mandi sungai di Sungai Congkah... lawatan ke Perak... dan sebagainya.....

Kini.... ahli keluarga ni dah bertambah dengan kehadiran Adik Amirul & Ridhaudin... Bukan kami tarik mereka.... bukan kami paksa mereka.... Tapi mereka yang menyerah diri nak bersama kami... kerana mereka suka dengan semangat kerja (iya lah tu...) yang ada pada kami.... mereka rasa happy bila bersama kami.... Sebenarnya kami dah bagi amaran kat diaorang.... 'banyak cabarannya bila bersama kami ..... korang akan dengar sindiran, perli...... dsb'. Dan.... memang betul pun telahan saya.... ada yang menyampaikan kepada mereka 'kenapa kawan dengan cikgu Mazidah & Cikgu wazir, mereka tu tukang kipas.......'. Pelik kan?. Tapi saya tak nak komen apa2..... Hanya azam saya & cikgu Wazir... 'apa pun yang kami buat... kami akan buat yang terbaik'. Alhamdullillah.... orang2 yang kami sayang... pasangan hidup kami, kawan2, anak2 didik... sentiasa memberi sokongan yang tak berbelah bagi.... itulah kekuatan kami. Syukur kami pada limpahan kurniaan Allah ni.

Terima kasih kepada semua .... banyak yang dah kami lalui.... sebenarnya bukan senang nak dapat kesepakatan antara kami. Kadang2 ujian tu bukan datang dari orang lain je.... tapi ujian tu turut datang dari diri kami sendiri.... Walau cita2 sama, hasrat sama... tapi prinsip hidup kami mungkin berbeza disebabkan pengalaman hidup yang berbeza... lagipun jantina pun berbeza... antara lelaki & perempuan... emosi jauh beza macam langit dan bumi. Mungkin ada yang sedar... mungkin ada yang tidak sedar.... sebenarnya antara kami sering bergaduh dan bermasam muka.... puratanya sebulan sekali ... gaduh le.... tapi kadang2... tak sampai seminggu... gaduh lagi. Biasanya.. suami saya lah penghantar mesej damai... dialah yang menjadi orang tengah.... Suami berpandangan positif.... padanya kalau 'idea saya & cikgu Wazir bergabung..... ia akan menghasilkan sesuatu hasil kerja yang hebat'. Terima kasih bang... atas kepercayaan yang diberi.....Tapi... perjanjian kami.... kalau gaduh.... cuba cover2 jangan sampai ada yang perasaan.... susah nak buat tu.....

Kini.... dengan hadirnya dua adik lelaki.... Adik kecil & Besar.... mereka lah yang menjadi backup..... dikala angin2 kitaorang tak baik.... dikala angin topan mula melanda... kedua2 mereka datang dengan cara mereka yang menghiburkan, menghalang perang besar yang mungkin terjadi lagi.... Mereka dah ambil alih tugas suami ku sebagai pendamai....

Apa kene mengena tajuk di atas... Ha itu lah kami... nama aje geng. Tapi kuat gaduh!. Saya lah yang paling kuat gaduh. Dengan wakjir... dengan cikgu Amirul.... Mungkin masalah utama ialah masalah emosi lelaki & perempuan yang jauh macam langit. Saya ni jenis cepat naik angin.... cepat marah. Kat tangga tu satu lagi sesi pergaduhan le.... pertelingkahan saya dengan cikgu Wazir .... kau2 punya gaduh!. Berbalas tuduhan.... Air mata apa lagi berjurai2...... Dan Cikgu Din & Cikgu Mirul mendamaikan kami.... Macam biasalah... mereka datang ngan lawak2 diaorang, dengan muka beriman diaorang. Bila mereka bertiga bergabung... mereka mampu membuat sicewek ni tersenyum....

Tapi..... di situ.... dari situ kami berpeluang untuk pertama kalinya bersemuka & mencurahkan padangan, mencurah isi hati….. dan memberi makna pada persahabatan, persaudaraan kami. Dengan satu pandangan, satu perasaan, satu hasrat… Satu sepakat…Satu janji…… bersama kami dalam ikatan persaudaraan dalam melalui segala rintangan, dugaan, cabaran..... Insyallah...

Terima kasih adik2....

Bahagia juga boleh datang dengan sahabat yang baik.......

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

KUNING HEBAT

DOA UNTUK ANAK-ANAK

CEKAK LENGAN BAJU KURUNG