MIMPI JADI KENYATAAN

Salam

Gara2 sibuk ngan aktiviti 5S... sisih, selongkar, sapu, susun... (eh3 4s je....) yang satu lagi..... 'sinki tak de'. Lagi pun pikir malam ni ada pasar kat belakang rumah... so, mama ni malas lah nak masak.

Bila suami balik... dia tanya 'makan apa malam ni... lapo lah...'. Melopong lah kejap. Mana ada masak. Isteri bagi alasan 'sinki tak de... malas nak masak... abang beli kan makanan je ye... malam ni pasar'. Suami ku hanya membisu seribu bahasa.... dan ambil alatan & terus menukang.... memasang sinki tu.....

Saya tak kata apa.... saya pun senyap je... menunggu... menunggu... kot dia paham permintaan saya tadi.... tapi ... senyappppppppppppp je. So, saya macam biasa le... mood pun bertukar.... malas nak pikir....... masuk bilik..... paksa diri tidur. (ala2 merajuk..... ).

Tertidur le saya..... dan bermimpi. Apa yang saya mimpikan....! 'saya merajuk..... mendiamkan diri je..... dan suami datang memujuk.... biasa lah ngan pelukan dia.... dan ucapan sayang mama'.

Tup... tup... terdengar kunci pintu bilik dibuka .. (masa tu mamai lagi....). Suami datang dengan pelukan... memujuk saya & mengucap sayang mama dan mengajak saya makan Pizza Hut dengan anak2..... . Mamai... mimpi kah aku.... Saya pun bercerita kat suami tentang mimpi saya. Sambil memeluk saya.... suami berkata....' tak....., ni abang peluk mama betul2 ni....'.

Kesiannya saya... merajuk sampai tertidur.......

Senyum saya... senyum bahagia suami datang memujuk. Senyum mimpi saya tu rupanya nyata ....

Syukur... dengan suami yang miliki perasaan kasih sayang...

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

KUNING HEBAT

DOA UNTUK ANAK-ANAK

CEKAK LENGAN BAJU KURUNG