MELAKA 2009-2010

Salam


Semalam.... pukul 5.00 bertolak dari Petronas Setia Alam bersama Wakjir & Famili menyambung percutian kami... Kali ini ke Melaka pula... Negeri kelahiran suami yang belum puas lagi untuk dilawati. Walau negerinya kecil... Tapi macam perkara menarik boleh disaksikan & diabadikan sebagai kenangan....


Tiba di rumah kakak Ipar (Kakak suami), jam 7.30 malam. Kami menginap di situ. Macam biasalah... percutian bajet... so carilah tempat tidur free....
Makan! yang ni tak free... Yang ni kami memang suka melantak... di Tomyam Klasik. Memang klasik tempatnya... suasana yang tenang dan menenangkan.....

Selesai makan... kami meronda... bandar Melaka... melihat persiapan manusia2 nak sambut tahun baru 2010....

Sempat lah melepak di tepian sungai & menyaksikan tarian air pancut yang mengikut alunan muzik.... Nyaman, segar & indah pemadangannya... Sayang Atie dah ngantuk.. dek tak cukup rehat seharian dengan SPBT & persiapan pendaftaran pelajar tingkatan 1, Sabtu ni.... Kalau tak.. mahu lewat lagi lah kami baru nak balik....

Malam.... Wakjir, Faridzyul & Firdaus... melayani FB... Apa lagi chating lah dengan geng2 yang belum tidur.... termasuklah cikgu Asliza, cikgu Jaimah & Roszana.... Saya & yang lain dah lama belayor.....

Selepas subuh ... semua orang menyambung tidur hingga 9.00 pagi... buat macam rumah sendiri je.... Bangun ... kakak Ipar dah siapkan sarapan pagi.... 'banyak cantik betul muka kitaorang ni...'. Menu Tengahari le... kita orang tolong sikit2 masak... he2

3.30 petang... meronda ke Bandar Melaka.... Singgah di Kampung Morten... Mula2 kami tinjau2 je di halaman diorang.. Rupanya diaorang ni dah biasa dengan pelancung. Mesra... dan ajak kami naik. Ha apa lagi.. peluang berposing le.....










Selesai berposing... dengan berkereta kami... menyusuri sepanjang sungai.... dan singgah pula di Masjid Kampung Hulu.. salah satu Masjid tertua...di Melaka.... posing lagi lah kami....


5.00 petang bertolak balik... Ringkas je percutian kali ni...
Tapi walaupun singkat... ia memakan masa 2 tahun 2009 - 2010 tu....
Dan ia percutian bermakna.. bagi persahabatan & persaudaraan kami...

Insyalllah... Syukur kepadaNya kerana memberi kelapangan kepada kami...

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

KUNING HEBAT

DOA UNTUK ANAK-ANAK

CEKAK LENGAN BAJU KURUNG