JANGAN RISAU.... SAYA AKAN TOLONG...

Salam...

Hari ni ke PPD Klang... mesyuarat GKMP Kemanusiaan..... Singkat tapi penting bagi saya. Banyak maklumat yang berguna pada saya..... Yang penting... dia telah memotivasikan & menceriakan saya untuk saya menjalankan tugas saya sebagai Ketua Bidang......

Suka tengok pengawai PPD tu... Pegawai Unit Akademik... Puan Siti Hajar Ayob. Wajahnya manis, senyumannya ikhlas, bijak, berfikiran positif & memahami situasi guru . (1 perkara yang penting..... mesyuarat ringkas... tapi padat... dan semua input masuk dalam kotak fikiran... he3. Fahamlah ye...).

Dalam penjelasannya... dia selit2kan motivasi... untuk melapangkan kesesakan fikiran saya... Rasanya.. dia dah bagi sinar untuk saya teruskan laluan saya untuk menjalankan tugas sebagai KB. Dia me'refresh'kan semua semangat saya yang rasanya macam langsung dah tak ada.... Semangat yang terbunuh sikit semi sedikit... dek kerenah birokrasi... he3 (apa tu..). Rasanya ada juga yang fahamkan.....

Madahnya, yang buat saya berfikir..... 'pendita Zaaba ditanya, 'antara rancangan pelajaran yg baik dengan guru yang kreatif, mana lebih baik'. pendita jawab, GURU YANG KREATIF', kerana ia boleh mencemerlangan anak didiknya'. Yes!, saya kena jadi GURU YANG KREATIF. Saya kena kreatif.. untuk seronokkan diri saya.. dan seronokkan anak2 didik saya.... Mengajar dan belajar dengan seronok... kombinasi yang penting untuk kepuasan bekerja & mendapatkan/ mencapai sesuatu yang cemerlang... Yes... Yes.. Yes... Yes...

Bestnya kalau ber'bos...'kan SIti Hajar tu. POSITIF je.
Dan kata-katanya yang menyejukkan hati.'JANGAN RISAU CIKGU, SAYA AKAN TOLONG.

Best... best... best... bestnye....

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

KUNING HEBAT

DOA UNTUK ANAK-ANAK

CEKAK LENGAN BAJU KURUNG