SELAMAT ULANG TAHUN CIKGU JAIMAH


<
Salam...

Macam hari2 terakhir seorang AKU je..... Rasa nak dekat ngan kawan2 di saat2 akhir aku.... Seronok sangat dapat berkumpul ramai2.... menikmati juadah yang aku masak.... Terima kasih kawan2... masih sudi bersama & merasa.....

Lebih seronok.. dapat mendoakan kesejahteraan rakan kami Cikgu Jaimah, di hari ulang tahun kelahirannye... Kali ni kami import tukang baca doa... Ustaz Mohammad. Dan macam biasa acara potong kek.... Sedap... kek Secret Resepi... Kek mahal katakan... Majlis riskas & agak kelam kabut. Sebab ramai guru kena pergi mesyuarat kokurikulum. Ambik gambor pun kelam kabut. Makan kek pun kelam kabut.

Tapi bermakna pun.... walau pun ringkas... tapi rasa bermakna sangat. Rasa macam satu keluarga... Aku ni macam tuan rumah je... tukang memanggil2 kawan utk memeriahkan suasana.... Itulah.... kepercayaan yang selalu diberikan kepada aku oleh rakan2 guru. Aku gembira.. dapat melalui hari ni... dengan senyuman... dan aku ingin terus berikan senyuman untuk kawan2 yang masih memerlukan aku..... kawan2 yang masih ingin membalas senyuman.....







Jai... kau kawan yang baik. Kawan yang mudah mengerti.... Semoga kau panjang umur, murah rezeki & dipermudahkan Allah perjalanan mu. Allah merahmati mu Jai.....






SELAMAT ULANG TAHUN CIKGU JAIMAH.
TERIMA KASIH ADIK2.. SAMA2 MEMERIAHKAN MAJLIS UNTUK KAWAN KITA.....
SAYANG SEMUA.....

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

KUNING HEBAT

DOA UNTUK ANAK-ANAK

CEKAK LENGAN BAJU KURUNG