BINATANG PELIHARAAN.....

Tengahari tadi... aku lihat Ammar sedang bermain dengan 3 ekor anak kucing dan ibunya. Ammar kata..'Kawan abang Amin yang bagi... tadi kawan dia hantar dengen kereta'.

Amin anakku ni memang sangat minat dengan haiwan... sehinggakan belakang rumah kami, dibersihkan dan disuruh abahnya pasangkan dawai halus untuk membolehkan dia memelihara haiwan (abah tak buat lagi sampai la ni....) Cita-cita dia pun berkaitan haiwan... Zoologis...Folder dia pun penuh maklumat berkaitan haiwan..... Setelah tamat Hafiz... dia sambung semula tingkatan 4, pun pilih aliran yang ada subjek biologi... so, dia nak belajar kehidupan haiwan....

Dia pernah bawa balik kucing daripada asrama.... tapi kucing tu hilang ... mungkin di baham anjing... kawasan rumah ni banyak anjing liar..... Selepas tu, nak bawak lagi anak kucing yang ada di asrama. Asal ada kucing kat asarama, dia nak bawak balik. ...... Tapi kali ni... ha! 4 ekor sekai dibawa baliknya....

Minat abang Amin ni dikongsi oleh adeknya, si Ammar. Minggu lepas Ammar nak bawa balik kucing yang ada di sekolahnya.... tapi time saya datang untuk jemput dia, ... kucing tu tak der... klu tak... dah mestinya, dibawa balik kucing tu....

Hari ni... aku membelikan Ammar & Amili ikan belaga... tapi rasanya tak lama tu.... Mahu ikan tu lemas dibuli budak berdua tu....

Mama abah ni.. tak de lah nak menghalang minat-minat anak2... tapi diaorang ni duduk asrama..... seminggu sekali belum tentu boleh balik.... kami ke yang kena jaga sepanjang diaorang tak balik tu?????? Alamak?????? Jaga anak sendiri pun... mama dan abah ni masih gagal...... Ini pulak ditambah dengan binatang peliharaan...

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

KUNING HEBAT

DOA UNTUK ANAK-ANAK

CEKAK LENGAN BAJU KURUNG