DIA TIDAK DATANG......

'Saya tidak dapat datang... saya di Negeri Sembilan. Pak cik sakit'. Mesej yang ditunjukkan oleh Nizam kepada ku....Nizam yang menerima, takut bebenor nak tunjuk mesej tu pada Wakjier dan Salimah sebab masing2 muka ketat... muka tension... Ye lah penat menguruskan camping KRK.. Hampir seminggu berhempas pulas menyiapkan bahan2 keperluan.... maklumlah team kami... kalau kerja mesti nak buat yang terbaik....' Esoknya Majlis Dialog KRK ..... ramai ibu bapa akan datang... banyak benda yang perlu kami fikirkan.... tup .. tup... mesej diterima menyatakan....'MC tidak datang'. Hancur luluh perasaan... ranap kepercayaan.....

Saya yang menerima mesej tu naik marah....'macam tu ajer. Mudahnye. Kenapa mesej kat Nizam, kenapa tak mesej pengurus program'. Dek mendengar teguran saya tu..'Nizam mengembalikan mesej tu kepada penghantarnya dengan meyuruhnya, beri mesej pada 'orang besar'... maksudnya penyelaras program lah....

Esoknya Nizam menunjukkan mesej ke 2. ‘Salimah penyelaras KRK ye… sampaikan salam, saya tidak dapat datang’.Patut ke tu… orang yang diberi kepercayaan…. mengambil mudah kepercayaan yang diberi.

Kalau dia tinggalkan teks juruacara tu, ok lah gak… kami buat plan B. Tapi dengan masa tinggal 1 jam jer lagi nak mula.. mak bapak dah mula datang ….. kami kena buat plan C, D, E…. Kami waktu tu dah terlalu letih lah cik abang….. tak ada perasaan ke?

Plan B, Telefon pula rakan baiknye, yang sebidang dengan nya…. Ditunggu2 tak muncul2.

Tiada pilihan…. Plan C. Print out teks lama… tukar sana sini.. sabung ke kertas kerja … buat arrow pulak ke buku atur cara….. Dan Cikgu Ridhaudin … mangsa pertama kami… dalam dok terang2kan pada dia… Nampak Cikgu Nadia… tangkap terus… Alhamdulillah… ini lah namanya kaunselor… sedia membantu. Melihat kekalutan kami, Cikgu Zaurah pulak menyerah diri…. Alhamdulillah…. Allah bantu kalau kita berniat baik…..

Rasanya taubat nak minta bantuan lagi…. Dalam kem ni bukan pasal mc jer tak datang… Cek untuk penceramah tidak diurus untuk dapatkan tandatangan pengetua…. Kelam kabut kami… kena lah bagi cash… kurang lah belanja runcit kami untuk kem tu. Hadiah / hamper pula tidak dibungkus… tu kerja sapa tu?????. Bukan kah anda adalah orang yang patut menunaikan amanah itu….. Bukan kah orang seperti anda dilatih untuk berkata ‘SEDIA MEMBANTU ….. ‘ ‘ SENANG UNTUK MENYENANGKAN ORANG LAIN’

Bukan soal tidak faham 'anda'... tapi kalau pun nak kami faham 'anda' JANGANLAH SAMPAI MENYUSAHKAN ORANG. Jangan biar kepercayaan orang hilang... takut kawan2 'anda ' juga akan hilang...

'Kerana dia tidak datang, adakah aku perlu memalingkan muka ku….

Ulasan

  1. senyum..
    bila saya senyum, ckg kena senyum..

    bila ckg senyum, sy kena senyum..

    hehe.. :)

    BalasPadam

Catat Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

KUNING HEBAT

DOA UNTUK ANAK-ANAK

CEKAK LENGAN BAJU KURUNG