MUNGKIN AKU AKAN MULAKANNYA KEMBALI....

Hari ni aku tak dapat ke sekolah... Demam. Badan rasa lemah dan sakit2. Hanya mampu terbaring...Entah lah nak kata penat..... apa ajer yang aku buat semalam .... tak de lah seberat mana.... Tapi memang tidak berdaya sangat....

Setelah tidor yang agak panjang... aku paksakan diri mengemas sedikit sebanyak rumah ku yang rasanya rumah ku memang dah lama menantikan aku menguruskannya. Takut untuk terlalu manjakan diri. Takut badan semakin lemah.

Bila rasa sunyi.. tergerak hati melawat blog ku yang lama bersawang. .. dan bersamanya akan berkumandang lagu yang terkesan di hati buat santapan ku.

Terperasan pulak di ruangan chat .... ada yang menjenguk blog berdasarkan nota yang ditinggalkan..... dan ia mengerakkan aku untuk menziarah pula blognya. Rasa tertarik... ku baca satu page ke satu page.... dan ia telah membawa ku ke blog2 yang lain pula...

Terdetik difikiran ku.... bermakna kan kalau penulisan kita dapat membuka hati dan minda seseorang ke arah kebaikan samada dalam bentuk peningkatan iman, motivasi atau penyuburan kasih sayang.... Mungkin apa yang tertulis, hanya lah kesah kehidupan seharian .... namun tanpa disedari orang lain telah terpetik nilai & moral daripada penulisan tu.....kerana walaupun hakikatnye APA YANG BAIK BAGI KITA, BELUM TENTU BAIK BAGI ORANG LAIN... namun tidak mungkin tidak... APA YANG BIASA2 BAGI KITA .. MUNGKIN HEBAT BAGI ORANG LAIN ... wallahualam.

Sebelum ni aku hanya make up kan jer blog ku.... tukar warna hijau ke biru.. sesuai warna tema ku tahun ini..... belum tergerak hati untuk menulis kembali ketika itu....
Kini...
Mungkin aku akan mulakanya kembali......Insyaallah

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

KUNING HEBAT

DOA UNTUK ANAK-ANAK

CEKAK LENGAN BAJU KURUNG