TERPEGUN AKU DENGAN KELEMBUTAN BUDI ....

Hari ini menghadiri mesyuarat GKMP Sains Kemasyarakatan di PPD Klang.

Jemputan 8.30 am. Mesyuarat rasminya mula 9.00 pg. Peruntukan 30 min tu untuk sarapan. Saya tiba 8.45 am, dan saya adalah antara orang terakhir tiba. Sedar diri yang lambat, saya terus mencari tempat duduk & lepaskan diri dari sarapan... (dah lambatkan.. sedor diri le)

Pegawai PPD Akdemik Pn. Hajar dgn senyuman yang manis dan ikhlas mendekati & menepuk2 bahu saya dan berkata. 'Makan dulu ya. Tak pe saya tunggu. Makan tau, sabab makan sakali ja. Makanan banyak lagi tu, makan ya. Beriya2 dia menyuruh saya makan'. Tergamam saya melihat kelembutan nya. Sejuk dan cair hati berPEMIMPIN seperti belia...

Sepanjang mesyuarat .... dia banyak menggunakan perkataan 'tolong ya...' 'kita kongsi sama-sama ya....' '... terima kasih cikgu2, cikgu dah banyak tolong saya'.... Aduhai, lembutnya...Tapi dalam kelembutan itu tetap ada keseriusannya terhadap KERJA, terhadap peningkatan PRESTASI, terhadap peningkatan KUALITI... dan dia seronok bersaing secara sihat dengan PPD daerah2 lain. Dia menyampaikan cerita2 dari pengetua daerah2 lain.... 'PPD daerah ..'tut', garang dan selalu marah-marah. sehinggakan guru dan pengetua pun takut nak jumpa. Puan Siti Hajar menolak cara tu... dia berkata 'tak best lah kerja dengan marah-marah ni... tak enjoy. Saya suka kerja dalam keadaan mesra dan enjoy....' Terus terpegun saya.

Garang, marah-marah mungkin dapat mengontrol manusia dengan mudah tapi hati-hati akan semakin jauh.... dan akhirnya kita akan bersendirian terutama bila kita bukan lagi di atas, atau kita bukan lagi memegang kuasa.....

Melihat kelembutan puan Siti Hajar ni, saya sendiri, dengan sendirinya jadi malu kalau saya tidak bekerja sebaik mana yang beliau minta tolong kita laksanakan.... Sebab ayatnya '... tolong ya...' Dan dia menegaskan, 'saya hanya lah pegawai di PPD, tapi TULANG BELAKANG SAYA adalah guru-guru sekolah'. Pemimpin macam ni lah yang kita kena sokong...

SEMOGA PEMIMPIN MACAM BELIAU AKAN MELAHIRKAN LEBIH RAMAI LAGI PEMIMPIN YANG MACAM BELIAU. KAMI ORANG-ORANG DI BAWAH SELALU DOAKAN BEGITU, HARAPKAN BEGITU..

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

KUNING HEBAT

DOA UNTUK ANAK-ANAK

CEKAK LENGAN BAJU KURUNG