JADIKAN PENEMAN


Adikda Wazir call ‘Akak, Amir nak main bola’.
Aku menjawab, ‘kenapa Tanya akak. Akak kan dah serah Amir pada adik. Jaga lah macam anak sendiri.’.

Aku tahu, sukarnya Wazir untuk mengambil tanggungjawab menjaga anakku Amir. Kerana AKU KAWAN BAIKnya. Kalau sesuatu berlaku, mungkin akan menjejaskan keakraban kami, menjejaskan ikatan persaudaraan kami. Kami kawan baik. Tetapi dalam pada kawan baik, kami juga tak lepas dari perselisihan faham. Kami juga kerap bergaduh, Mendiamkan diri……. Takut terungkit, takut terlepas cakap…. Tak setuju pendapat… eh… macam… macam lagi lah. Cuma doaku, Allah mudahkan urusan kami, perjalanan kami… Allah restui ikatan kekeluargaan kami..

Sebenarnya memang sukar untuk menyerahkan anak sendiri pada jagaan lain. Bertahun ku hantar anakku ke sekolah agama untuk memberi pendidikan agama, untuk jadikan dia anak yang baik ikut acuan ku…..

Tapi bak kata suamiku... walaupun kita sayangkan anak, tak semestinya dia sentiasa ada bawah ketiak kita. Kerana aku dan suamiku mengakui kehebatan adekda kami Wazir terutama dalam membangunkan jiwa, semangat, keyakinan diri anak-anak… maka aku pilih dia untuk membantu ku. Aku perlukan bantuan dia. Dan bila keputusan ku bulat menyerahkan Amir pada dia, maka aku tak perlu campur tangan dengan cara dia untuk membimbing anakku Amir.

Aku dan Wazir, walaupun sahabat akrab, kami ada latar belakang yang berbeza. Tapi kami tetap menghormati minat, cara kami yang berbeza tu…. Kali ni aku telah bawa Amir ke dunia Cikgu Wazir, orang seni, orang muzik……

Hanya pinta ku pada Adikda Wazir…Tolong jaga solat Amir, solat berjemah Amir, ngaji Quran setiap selepas solat Magrib……jaga bahasa dia.

Adekda Wazir,
'Allah memang ada perancangan untuk kita. Allah bagi kita masalah agar persahabatan, persaudaraan kita terus akrab. Kali ni Allah bagi akak masalah…. Dan akak hantar masalah tu pada adikda… kerana disebalik tu… akak nak Adam & Amir jadi peneman adik. Kita pernah ke Perak, ke Melaka.... mencari seseorang......... Akhirnya, ia ada di depan adik.... orang yang dekat dengan adik.....

Selalu adik kata…’balik sekolah, sorang2 kat rumah, boring….’….. '. Ini satu cara akak bantu adik. Jadikanlah mereka sahabat & peneman adik….'

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

KUNING HEBAT

DOA UNTUK ANAK-ANAK

CEKAK LENGAN BAJU KURUNG