PERMULAAN....


Semalam Program Kempen Sihat 1 Malaysia.
Ia bagai satu peluang untuk anak-anakku yang bersekolah di SKI. Anak-anak ku memang agak pemalu. Dalam banyak aktiviti di sekolah lamanya, diaorang memang tidak menyerlah. Maklumlah sekolah lamanya tu terlalu ramai pelajar yang aktif, cerdas & bijak. So, untuk pelajar2 yang pemalu macam anak ku…. Tenggelam lah….

Tapi semalam, kebetulan aku urus bahagian Pertandingan Melukis yang mengabungkan aku, adekda Wazir & Aryanti. Penyertaan adalah terbuka kepada semua pelajar. So, awal-awal aku dah pesan pada adekda Wazir supaya suruh Amir masuk dan minta tolong dia ajor Amir …… Tapi disebabkan kesesuntukan masa, tak sempatlah Amir nak praktik dengan sifu.

Di sekolah lama Amir & Amira memang tak de subjek Pendidikan Seni. So, memang mereka tak de asas melukis. Hanya semasa di sekolah rendah… Amir pernah beberapa kali berguru dengan sifu lukisan…. Cikgu Wazirlah yang menyerlahkan bakat seni Amir… dialah yang bagi pendidikan asas seni lukis pada Amir.

Malam menjelang Pertandingan Lukisan…. Aku minta anak-anakku Amir & Amira menyertai lukisan. Peluang mendapat sijil penyertaan peringkat negeri. Tapi di sebalik itu, aku tak mahu sia-siakan usaha Adekda wazir yang dah bagi pendidikan asas seni lukis pada Amir. Aku tau, dia mengharap Amir dapat menyerlahkan bakat dia pada pertandingan tu.

So, aku tak nak siakan peluang… Aku kena bantu anak-anakku. Aku search di internet mencari tema berkaitan Sihat Satu Malaysia. Dengan menggunakan photoshop aku ubah suai beberapa gambar, menjadikan 1 gambar untuk Amir & Amira berlatih. Aku tahu mereka kurang asas melukis. Lebih-lebih lagi Amira yang langsung tiada asas. So, gambar yang mudah je lah aku sediakan. Sebab aku nak anak-anak ku masuk pertandingan tu….

Bila melorek mengikut gambar yang diberi, Anak-anak ku tak de masalah lah.. Tapi bila tak ada gambar. Amir kata ‘dia tak boleh buat’. Aku mulanya hampa. Sebab gambar yang ku sediakan adalah gambor kartun yang aku akui Amir boleh buat dengan baik. Tapi bila dia kata dia tak boleh buat tanpa meniru gambor, aku tak terkata apa. Dan malam tu, dia belajar melukis gambar buah-buahan ….… ..

Pagi Amira kata, ‘tak nak masuk lah ma, tak pandai melukis..’ Aku agak kecewa. Sebab aku tak kesah menang atau kalah… Cuma nak mereka masuk je’…. Kebetulan, masa Pertandingan Melukis, Amira datang mejenguk dengan kawan dia… so, dua2 aku paksa masuk…. Walaupun tak menang, mama bangga, sebab tu lukisan pertama Mira & aku rasa… lukisan dia baik sikit le dari yang kurang baik tu.. he3.



Cuma sebelum pertandingan aku lupa nak tanya hakim… apa criteria untuk lukisan poster. Adekda wazir kata TULISAN mesti sama… klu huruf besar semua kena besar… Ha… aku tak tekankan pasal tulisan… aku hanya sediakan gambor yang mudah untuk dilukis…






Amir???... terkejut aku tengok lorekan dia. Dia menggunakan gambor yang aku sediakan dan ditambah pulak tu…… dan salah satu kartun tu.. hamper sama dengan gambar…..



















Walau tak menang … aku bangga dengan anak-anakku….
Mungkin pada orang lain, ini perkara kecil… tapi bagi aku… sangat besar maknanya… dengan laluan hidup yang anakku lalui sebelum ini… dengan mengenal peribadi anak2 ku , jiwa anak2ku… maka penyertaan ini sangat besar bagi ku…..

Dan Amir… Adekda Wazir lah yang mengesan bakat dia… dan aku harap dia akan terus bimbing Amir agar potensi diri dan bakat Amir dapat dikembangkan…

Terima Kasih Dik….

Adekda Wazir...
Petang tu, di saat Amir, naik pentas, walau sekadar menerima hadiah sagu hati, sebenarnya akak teringin sangat adik ada untuk lihat Amir anak didik adik tu….. kerana akak terlalu menghargai adik yang dah banyak membantu Amir ....

Dan kerana itu adalah PERMULAAN ……

Dan di saat itu, hati ni berkata 'Dik, Kami  serahkan Amir… anggaplah dia macam anak sendiri. Semoga satu masa nanti… ayat yang keluar dari mulut Amir ‘TERIMA KASIH MAMA, TERIMA KASIH ABAH KERANA SERAHKAN AMIR PADA CIKGU WAZIR. AMIR BANGGA KERANA AMIR ADA DUA EMAK DAN DUA BAPA. AMIR BANGGA JADI DIRI AMIR SEKARANG’.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

KUNING HEBAT

DOA UNTUK ANAK-ANAK

CEKAK LENGAN BAJU KURUNG