CUTI SEKOLAH SEMPENA JEREBU

Banyak status FB menuliskan ' Esok cuti sekolah kerana JEREBU'. Jerebu, fenomena cuaca yang buruk tapi bawa sedikit tuah kepada kami. Apa taknya, esok kami akan menghadapi masalah dengan urusan mengambil anak-anak balik dari sekolah di SRI Hira batu belah. Kereta suami masuk workshop sejak Jumaat lagi dan sehingga esok masih belum pulih. Jadi suami terpaksa ambil cuti. Selalu, kami meminta bantuan adik-adik seperti Kodin, Nizam, Mirul atau wakjir untuk bantu ambil 2 beradik kecil tu. Tapi bila dah terlalu 'selalu' seganlah pula. Kami cuba 'jadikan isu ni mudah' dengan minta budak berdua tu 'ponteng'.... tapi mereka tak mahu. Alasan mereka, mereka tak mahu kerja rumah yang 'banyak'. Ya lah, sejak PBS ni kan, semua kerja mesti disiapkan untuk membolehkan guru menilai pelajar secara berterusan. Jadi kalau ada yang tak datang, mereka kena buat juga latihan berkenaan dan ditambah dengan latihan yang sedang dijalankan guru. Anak2 tak mahu!. So, Alternatif lain...... 'abah kena cuti'! Saya pula, esok target nak beri bahan 'pecutan turbo' spm geografi pada anak2 5SI3, ... tp sebenarnya kan ... belum siap ... sikit lagi..... So, Rezeki kami, Allah bantu kami dengan beri ruang selesaikan sebahagian dari urusan kami. Syukur.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

KUNING HEBAT

DOA UNTUK ANAK-ANAK

CEKAK LENGAN BAJU KURUNG