PET PET

Hari ini anakku Amin pulang bercuti hujung minggu dari UiTM Segamat. 
Sebelumnya, aku & suami bercadang untuk melawat Amin. Sudah terlanjur kami akan memenuhi undangan majlis perkahwinan kawan sepejabat suami di Seremban, jadi kami akan lanjutkan perjalanan ke Segamat dan singgah bermalam di rumah mertuaku di Melaka. Dapat juga melawat bapa mertua ku yang uzur tu.

Pagi, suami mesej menyatakan hasrat kami, tetapi Amin beritahu dia nak balik hari ini. Menjangkakan dia akan tiba pukul 8.00 malam, petang  kami pun keluar sebentar ke Karnival Mahabbah IKIM Stadium Shah Alam. Pulang nanti boleh le ambil dia sekali di Stesen Bus Klang Cental. 8.00 malam makan di Chan Abdullah. Terima panggilan dari Amin, dia berada di kedai Pet (dia pernah bekerja sementara di situ semasa menunggu SPM) memaklumkan :' Amin di kedai Pet, nanti bos hantar balik'. 

Hu!.. dari jauh dia balik, kedai pet dan bekas bos dia dulu yang dia cari. Rupanya pukul 5.00 petang dia telah sampai. Sanggup berjalan  kaki dari Klang Sentral ke kedai pet (belakang Tesco). Amin... Amin... tak tau lah apa kah yang menjadi tarikan kuat di kedai pet tu. Pet-pet tu ke atau taukeh pet-pet tu.....

'Ya Allah, kau lindungilah anak-anakku. Kau berilah mereka rakan-rakan yang baik. Kau jauhi mereka dari orang-orang yang berniat jahat dan suka menipu'

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

KUNING HEBAT

DOA UNTUK ANAK-ANAK

CEKAK LENGAN BAJU KURUNG