DENGGI



Bertolak ke Uitm Segamat menjeguk anakda Amin. Terkejut melihat rupa dan keadaannya. Muka merah dan penuh bintik2 halus. Mungkin campak memandang dia tidak pernah kena demam campak sejak kecil. Ternyata dia sedang menahan ketidakselesaan. Sebak, kerana walaupun tidak sihat, dia tidak memberitahu kami. Memang itu sikap Amin. Tidak banyak bercerita sehingga sakit pun ditahan sendiri tanpa dia sedar ada ketikanya ia mungkin boleh merbahayakan dirinya, Bawa dia ke klinik di Bandar Segamat memandangkan klinik UiTM tutup pada hujung minggu. Doktor mensyaki denggi. Pesanan doktor, makan ubat dan jika tidak sembuh datang semula pada hari Isnin untuk ambil darah.

Walau risau, kami terpaksa pulang. Tiada apa pun yang boleh dibuat. Kalau nak bawa balik pun, dia perlukan MC dari klinik UiTM. Kami hanya bekalkan beberapa botol besar Air 100plus. Hanya doa kami panjatkan pada Allah yang mempunyai kuasa penyembuh.

Ya Allah, Kau lindungilah anakanda Amin. Sembuhkan dari penyakitnya. Mudah-mudahan dengan kesihatan yang Engkau kurniakan memudahkan dia untuk beribadah untukMu.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

KUNING HEBAT

DOA UNTUK ANAK-ANAK

CEKAK LENGAN BAJU KURUNG