ILHAM MELALUI ANAK KECIL

Aku terus dengan doa...


'Ya Allah, Kau bukakanlah pintu hati anak-anak kami untuk menjadi anak2 yang soleh dan solehah yang takut padaMu, yang taat pada perintahMu dan menjauhi laranganMu.' 

Sesungguhnya, kuasa doa amat hebat. Sedikit demi sedikit anak-anak kecilku Ammar dan Amili menunjukkan tanda-tanda bersih sucinya mereka.... menyejuk hati. Moga-moga tanda-tanda awal ini akan subur dan mekar menjadi dai ... sebaris dengan para ulama.... 

Syukur.. Allah telah meberi ilham pada Anak-anak  melalui guru yang mengajar mereka. 


Amili paling keletah.......
Pernah satu hari.... abah dah melangkah pintu rumah sekembali dari pejabat.....
Amili : opppp...opppp... abah kuar dulu. baca... doa masuk rumah dulu.... dan masuk kaki kanan.... bukan kah itu ilham yang Allah berikan melalui anak kecil kami..... menyedarkan kami untuk baiki perkara-perkara asas .......berbagai doa... dia suruh kami baca......

Menjelang masuk waktu solat sahaja..... Amili akan segera ambil wuduk dan memanggil abah...'abah solat'.... bukankah itu Ilham yang Allah beri untuk kami baiki waktu solat kami yang yang banyaknya kami lakukan dihujung waktu ..... Alhamdulillah... Amili tidak pernah tinggal solatnya dan tidak perlu diingatkan untuk solat. 

Pada satu pagi dia kebosanan di rumah.... dan dia bertanya...'mama, budak kecil boleh solat dhuha ke?... Amili nak solat boleh?..... Ya Allah Ya Tuhan... aku bersyukur padaMu kurniakan Amili untuk kami...... 

Itu antara sebahagian cerita.. Di saat kami berdoa, agar kami diberikan ilham untuk berubah menjadi lebih baik..... Allah berinya.... melalui anak-anak ...
Semoga anak-anak ini dapat menemani kami..... sepanjang perjalanan hidup kami .... membantu kami membaiki diri sehingga ke hujungnya. Sesungguhnya... teguran mereka, bantu ingat mereka... sangat 'berkuasa' untuk membetuklan kami.

Ha... ha... Apa taknya.....bila anak kecil yang ingatkan.. yang tegur.... mama & abah 'terkedu'.... 

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

KUNING HEBAT

DOA UNTUK ANAK-ANAK

CEKAK LENGAN BAJU KURUNG