RUMAH KENANGAN SEREMBAN
First time, berbuka di rumah orang-orang tua. Syukur dapat peluang ini.
Kami sekadar menumpang tuah sepupu-sepupu kami yang agak berada. Kemampuan
mereka untuk menaja makanan, penghuni rumah ini bersekali mengumpulkan saudara
mara-mara membuka sekali peluang kepada
kami.
Agak lewat bertolak, menyebabkan kami tiba agak lewat iaitu dikala
waktu telah menghampiri waktu berbuka. Tak sempat nak dengar tazkirah yang
bermula 6.30 petang.
Rupanya, rumah ini nyata dalam proses pembinaan semula. Ramai
penghuni telah dipindahkan di rumah kenangan sekitar. Tinggal berbaki 11
orang tua lelaki sahaja.
Berbuka berjemaah, kami terus solat Magrib di surau
diikuti solat Isyak pada awal waktunya. Lain tempat lain cara pembacaan imam.
Ha...ha... laju sesangat imam ni baca... tak apalah walau tanpa lagu, janji
bacaannnya betul. Selesai solat...... ayat yang sama keluar dari setiap mulut
kami.... mama, abah, Ammar dan Amili.... LAJU..... & CEPAT!!!!!. Semput
dibuatnya......
Tapi paling seronok, surau ni aircond... nyamannnn... sejukkkkk. Hingga
tak rasa penat .....
Wah.... jam 10.00 malam..... bertolak Seremban – Klang ..... hamper
12.00 malam kami tiba. Aku, Ammar & Amili ok lah..... lelap sepanjang
perjalanan... suami yg memandu.... ha..ha... ternguap...nguap. Apa
pun..... pengalaman ramadhan kali
ini....
Ulasan
Catat Ulasan