MEMBAHARUI PASPORT DI PEJABAT IMIGRESEN KUALA SELANGOR

6.50 bertolak ke Kuala Selangor. Saja mulakan awal pagi. Mudah2an dimudahkan urusan.
Kali ni bertukar arah pulak. Biasa di Shah Alam, hari ni nak try renew pasport di Kuala Selangor, mengikut nasihat kawan2 yang pernah ke sini sebelum ini. Mereka kata, jimat masa. Sekejap jer.

Tiba di sini jam menghampiri 7.30 pagi. Ia terletak di Komplek PKNS. Jam 8.00 pagi terconggok di kaunter. Mereka menyuruh ambil gambar dahulu di tingkat bawah. Tidak seperti di Shah Alam yang menyediakan perkhidmatan mengambil gambar, di sini perlu menyediakan sendiri gambar.
Wah taukey gambar ni memang bijak merebut peluang. Jam 7.45 pagi mereka dah buka. Layanan pula mesra. 5 minit dah siap. Terbang rm12 untuk 4 keping gambar. Tetapi hanya 2 keping yang diperlukan.

8.10 pagi masuk semula ke pejabat imigresen. Orang masih tak ramai. Tak sampai 10 minit menunggu saya  sudah dipanggil untuk berurusan. Saya diberitahu ...  1 jam lagi datang untuk ambil pasport. Tapi sebenarnya tak sampai 1 jam, pasport dah siap..... kebetulan hari ni kebanyakkan sekolah cuti so, mungkin agak ramai. Rasanya kalau tak cuti.... lebih cepat lagi pasport tu siap.


Sementara menunggu, saya mengambil sarapan pagi di restoren MIZA yang terletak sudut kanan tingkat bawah bangunan PKNS ini. Menikmati milo suam dan 2 bungkus nasi lemak bungkus. Hu hu... makan 1 tak kenyang, makan 2 terlebih kenyang pula.... sedap juga. Harga rm 1, satu bungkus. Alhamdullah ada rezeki memiliki galaksi note ni..... dapatlah masa diisi dengan mengupdate blog.

Alhamdullillah. Allah mudahkan.  Pada saya... saya rekemen pejabat imigresen ni.... cepat dan tidak buang masa menunggu.




Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

KUNING HEBAT

DOA UNTUK ANAK-ANAK

CEKAK LENGAN BAJU KURUNG