MASTER KOMPUTER

Pernyataan yang boleh ditafsir dari 2 sudut yang berbeza. Satu kelulusan bidang komputer. Satu lagi.... pakar dengan komputer.
Dulu.... orang bertanya aku....Cikgu Mazidah master dalam bidang komputer ker?. Dia ternyata terkejut bila aku menyangkal apa yang dia disangkakan....
Hari ni ada rakan guru yang baru namun kami dah mula mesra pula bertanya. Nada pertanyaan sedikit berbeza. ....
Guru : 'Kak Mazidah .... macam mana kak Mazidah belajar komputer'.(kelihatan ada sedikit kagum dengan aku. Ia sekadar telahan ku berdasarkan bahasa badan)
Aku: 'kenapa?'
Guru: Tak derlah... jarang ada orang yang seusia macam Kak Mazidah minat dan pandai komputer macam Kak Mazidah (tua rupanya aku....... terima kasih mengejutkan aku dari lena...)

Pertanyaannya telah membuat aku mengimbau kenangan lama ku.... dan SMKTIS jelas terbayang di ruang mata.
'Ia bermula di SMKTIS. Lama dulu. Aku diberi tugas sebagai penyelaras komputer. Masih ku ingat, masa tu di SMTIS ada bilik komputer dengan beberapa biji komputer tua.... CPU yang 'baring' ... bukan 'tower' macam kebiasaan sekarang. CPU juga menggunakan 'disket' lagi. Rasanya dari banyak koputer yang ada tu... hanya 2-3 sahaja yang ok. Apa yang hendak aku uruskan?.
Walau aku guru baru.... aku bukan takut untuk menolak kerja.... tapi aku takut dengan komputer. Aku memang tak tahu langsung dengan komputer. Di U sebelum tu memang ada makmal komputer. tetapi ada pembantu makmal yang sentiasa ada membantu... nak buka dan tutup komputer tu. Komputer yang lagi tua .. dengan disket besar tu?... korang orang muda ada?... he3...

Hakikatnya....   aku bermula dengan zero. Apa tindakan ku?..... Suami ku belikan aku komputer. (Jenis destop). Masa dulu boleh ambil duit KWSP untuk beli komputer melalui pos Malaysia..... Teruja dapat komputer. Tapi nak 'on' pun aku tak tahu. Suami tolong 'on' dan 'off'kan. Langkah seterusnya... aku beli buku komputer ... 'asas microsoft'... bahasa Melayu. Buku itu lah 'guru' ku. Rasanya aku hafal apa yang tertulis dalam buku tu..... kerana memang aku menghafal apa yang terkandung dalam buku tu. Dulu2 susah nak fotostat. Apa aku buat untuk menyimpan catatan yang penting tentang komputer ialah menaip semula dalam komputer mengikut berdasarkan nota2 dalam buku. Nota2 penting itu aku tampal di dinding di atas moniter. setiap kali hendak menaip.. aku akan rujuk nota tu.... sehingga aku hafal. Aku turuf hafal... jalan pintas menggunakan keyboard. Contoh.. ctrl U untuk garis huruf, ctrl O untuk Open, P untuk printing, S untuk save.. B untuk bold, I untuk italic, E untuk jajaran tengah  dan banyak lagi....

Syukur ... suami ku yang juga bermula dari zero.... juga terang hati tentang komputer. Dia belajar sikit dan dia ajar aku... lepas tu aku jadi lebih terror dari dia... sebab aku menggunakannya.... .. Ha2.. kadang kerana komputer ni juga kami bergaduh.. sebab sama2 belum mahir ... main try and error... menyebabkan ada .. bahan yang telah ditaip... hilang begitu sahaja....

Dari word, excel, power point, publiser... ku terokai.. pamplet, kertas kerja, kertas soalan, buletin, pembentangan... banyaknya aku try & error... dengan bantuan suamiku....

Kini ...beginilah aku seadanya...... Sesungguhnya... itu perancangan Allah. Dia aturkan untuk aku perolehi yang terbaik ..... . Alhamdulillah......

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

KUNING HEBAT

DOA UNTUK ANAK-ANAK

CEKAK LENGAN BAJU KURUNG